Kalau tak papar gambar dan nama sendiri, takut orang tak tahu pulak
![]() |
GAMBAR PERMADU MALAYSIA OLEH RASHIDAH ABDUL MAJID |
Sejurus selesai menunaikan solat fardu Jumaat hari ini, para jemaah di sebuah masjid di bawah kawasan DUN Larkin di Johor Bahru menerima bungkusan juadah makanan untuk dibawa pulang.
![]() |
GAMBAR PERMADU MALAYSIA OLEH RASHIDAH ABDUL MAJID Sedapnya... Terima kasih YB! |
Menurut wartawan Permadu Malaysia di Johor Bahru Rashidah Abdul Majid, bungkusan makanan dihulurkan sendiri oleh ADUN Larkin, YB Encik Mohd Hairi Mad Shah kepada jemaah masjid yang beratur panjang di bawah hujan yang sekejap lebat, sekejap gerimis.
![]() |
Mohd Hairi Mad Shah GAMBAR FAIL PERMADU MALAYSIA |
Sebelum itu, Mohd Hairi yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Johor, turut menunaikan solat fardu Jumaat bersama ratusan penduduk setempat di masjid berkenaan.
Seperti ahli-ahli politik lain, Mohd Hairi perlu mengekalkan kerelevanan beliau di kalangan para pengundi. Antaranya, mempromosi diri sendiri.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment