Di sebalik berjuta ringgit bidaan nombor plat – tersembunyi kemuliaan hati Sultan Ibrahim


Jika DYMM Yang di-Pertuan Agong mahu, Sultan Ibrahim boleh menitahkan sahaja baginda ingin memiliki nombor plat FFF 1. Dari riak wajah Encik Anthony Loke Siew Fook, sudah tentu Menteri Pengangkutan yang taat setia itu tanpa banyak soal akan menjunjung titah.

Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.
GAMBAR DARI FACEBOOK SULTAN IBRAHIM

Namun, Sultan Ibrahim memilih untuk mencemar duli dengan membida nombor yang ingin dimiliki baginda. Rupa-rupanya, ada niat suci yang tersembunyi di sebalik bidaan-bidaan itu.

Sultan Ibrahim mahu wang bidaan itu digunakan untuk membantu rakyat. Betapa mulianya hati seorang Ketua Tertinggi Negara Malaysia!

Agensi berita rasmi negara Bernama melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada Kerajaan Persekutuan. 

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

"Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta," menurut catatan berkenaan.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana