Wanita Melayu naik pangkat jadi menteri di bawah PM Lawrence Wong

Puan Rahayu Mahzam
GAMBAR FAIL BERITA HARIAN SINGAPURA

Akhbar Bahasa Melayu di Singapura melaporkan pada 13 Mei 2024, bahawa Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Puan Rahayu Mahzam, dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Menteri Negara. Beliau juga akan menggalas tanggungjawab baru dalam Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Menurut akhbar itu, Berita Harian Singapura, Rahayu akan terus berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (MOH) tetapi akan melepaskan jawatannya dalam Kementerian Undang-Undang (MinLaw).

Pelantikan beliau dilakukan secara rasmi pada 15 Mei lalu dan beliau mengangkat sumpah pada hari yang sama.

Perdana Menteri Encik Lawrence Wong

Dalam sidang media untuk mengumumkan barisan Kabinet barunya, bakal (pada ketika berita ditulis) Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Rahayu telah menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Parlimen Kanan dengan sangat baik.

“Setiap kali kami menaikkan pangkat mana-mana pemegang jawatan, ini bermakna mereka telah berjaya dalam peranan mereka sekarang dan kami berpendapat bahawa mereka mampu menyumbang pada skala yang lebih besar, kapasiti yang lebih tinggi.

"Jadi itulah asas untuk menaikkan pangkat mana-mana pemegang jawatan di peringkat apa sekalipun.

“Saya fikir Rahayu telah menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Parlimen Kanan dengan sangat baik – jika anda lihat peranan yang telah diberikan kepadanya dalam MinLaw, MOH, beliau telah melaksanakan tugas-tugasnya dengan bersemangat dan bertenaga, menjayakan projek-projek dengan sangat baik.

"Di Parlimen juga beliau berkebolehan apabila beliau membentangkan perundangan, menjawab soalan. Di dalam masyarakat, beliau juga sangat efektif dalam mendekati orang ramai. Jadi dengan semua ini, kami rasa beliau sesuai dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara,” ujar Encik Wong.

Beliau menambah bahawa untuk menaikkan pangkat seseorang merupakan proses yang dinamik dan kenaikan pangkat hari ini tidak semestinya menjamin kenaikan pangkat pada masa depan.

Ini kerana semuanya terpulang kepada bagaimana individu itu menjalankan tugasnya dalam peranan yang lebih besar itu serta kesan tugas mereka kepada masyarakat dan negara.

“Jadi kami akan terus menilai tetapi setiap anggota pasukan, tanpa mengira peranan yang mereka mainkan, setiap anggota pasukan adalah berharga – masing-masing mempunyai peranan penting untuk dimainkan.

"Jadi bukan nak bandingkan siapa lebih tinggi, siapa lebih rendah... usaha kolektif itulah yang penting,” tambah beliau.

Rahayu, 44 tahun, merupakan peguam yang pakar dalam litigasi sivil dan undang-undang keluarga.

Beliau menyertai politik pada pilihan raya umum 2015 sebagai sebahagian daripada pasukan lima anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertanding di GRC Jurong GRC dan menang 79.3 peratus undi.

Beliau merupakan anggota parlimen GRC Jurong sejak 2015 dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di MOH pada 2020. Pada 2022, beliau dinaikkan pangkat ke Setiausaha Parlimen Kanan di MOH.


Adaptasi dari laporan wartawan Berita Harian Singapura, Nur Fathin Awalludin, disiarkan akhbar berkenaan pada 13 Mei 2024.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies