OKU pemandu Grab buat laporan polis kedua, tidak mahu memanjangkan kes dakwaan dipukul pengiring kerabat

Portal berita dari media arus perdana Hari ini melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Encik Rusdi Mohd Isa memaklumkan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kerabat diraja di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam membuat laporan polis kedua untuk menyatakan bahawa dia tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.

Menurut portal berkenaan, Malaysiakini, Rusdi berkata, pemandu e-hailing berusia 46 tahun itu memfailkan laporan baru itu pada jam 9.59 malam tadi.

“Pengadu telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik serta tidak mahu memanjangkan kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaupun Rusdi tidak mendedahkan sebarang nama, namun adalah dipercayai dia merujuk kepada dakwaan bahawa pengawal peribadi Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ) memukul seorang lelaki di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

Insiden tersebut tular media sosial sejak semalam.

Pagi tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis membuka kertas siasatan setelah mangsa, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat laporan polis.

Ini selepas lelaki OKU itu membuat laporan polis pada jam 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, laporan itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Rusdi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.

Dalam kenyataannya, dia berkata, salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca lelaki itu didakwa diserang pengiring berkenaan.

“Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima satu laporan polis kira-kira jam 1 tengah hari semalam daripada pengadu yang merupakan seorang pemandu Grab dan mendakwa diserang oleh seorang individu yang merupakan pengiring kepada rombongan kenamaan.

“Kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan,” katanya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies