ITM, kini UiTM, mungkin tukar nama semula jadi ITM?

Sebelum Universiti Teknologi MARA (UiTM), pusat pengajian tinggi untuk Bumiputera ini dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM).

Kumpulan dari kalangan bumiputera ketika itu mendesak mengapa pusat pengajian tersergam indah lagi berprestij dengan rangkaian terbesar ini tidak dinaik taraf menjadikan ianya bergelar Universiti.

Bila bergelar Universiti, barulah mahasiswa dan mahasiswi merasa lebih glamor.

Pada saat itulah seorang cendekiawan Melayu berbisik kepada saya dengan pandangan ilmiahnya. Tokoh itu berkata: Kerajaan sengaja tidak mahu menaikkan ITM menjadi Universiti kerana peruntukan undang-undang sedia ada akan mengautomatikkan institusi itu dibuka kepada bukan bumiputera apabila ia bertaraf Universiti.

Betul atau tidak, hanya mereka yang pakar dalam perundangan dapat menjawab sejauh mana benarnya kenyataan profesor itu.

Ia mungkin subjektif kerana mereka yang pakar juga sering mengemukakan pandangan bercanggah antara satu sama lain. Apatah lagi jika seseorang cendekiawan itu dikawal oleh orang politik yang berkuasa atau semi-berkuasa.

Pandangan cendekiawan itu mesti selari dengan pemikiran tuannya, yang selalunya bukan seorang cendekiawan.

Untuk rekod, pada 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) semasa Perhimpunan Siswazah UiTM yang telah dipengerusikan oleh Dato' Dr. Ibrahim bin Ali, Presiden Kesatuan Siswa ITM (KSITM).

Pandangan tokoh undang-undang di bawah ini memberi bayangan kebenaran kata-kata profesor yang berbisik kepada saya itu.

Pesanan saya kepada cendekiawan Melayu, janganlah ada rasa rendah diri seolah-olah kamu terlalu rendah dari kaum lain di negara ini. Orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang Cina dan India. Melayu sama hebat dengan kaum lain. Mungkin amalan politik berkonsepkan "Anakku Sazali" menjadikan bangsa Melayu ketinggalan di "Tanah Melayu" dalam aspek ekonomi.

Hari ini, portal berita pro-pembangkang MalaysiaNow melaporkan kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengingatkan Putrajaya menjalankan tanggungjawabnya menegakkan perlembagaan dalam isu pengambilan pelajar berdasarkan kaum dalam institusi pendidikan tinggi, selepas sekumpulan ahli akademik menyokong pendirian UiTM untuk tidak membenarkan kemasukan sementara pelajar bukan Bumiputera ke program pasca-siswazah dalam pembedahan kardiotoraks.

"Adalah menjadi tugas dan kewajipan kerajaan persekutuan di bawah undang-undang untuk menegakkan perlembagaan, dan tidak bertindak secara langsung melanggarnya. UiTM, sebagai sebuah institusi awam dibiayai pembayar cukai, tidak boleh kekal eksklusif untuk Bumiputera sahaja," kata pengarah LFL, Encik Zaid Malek.

Beliau menyifatkan pendirian Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam sebagai "membimbangkan", sambil menambah dengan dengan mengekalkan "naratif yang regresif dan palsu", ia mengabaikan bukan sahaja perlembagaan tetapi juga keperluan sistem kesihatan.

"Amat mengecewakan apabila ahli akademik kanan secara terbuka menyokong penerusan dasar satu kaum sahaja di universiti dan kolej di Malaysia yang moden ini," kata Zaid.

Semalam, Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam mengecam pihak yang menuduh dasar kemasukan UiTM sebagai apartheid, menyifatkan mereka jahil mengenai Perkara 153 perlembagaan.

Kumpulan itu menjawab artikel diterbitkan portal pro-Pakatan Harapan Malaysiakini, yang melabelkan UiTM sebagai pusat pengajian "apartheid" Malaysia.

Artikel tersebut mengundang laporan polis dan gesaan agar penulisnya disiasat.

Perdebatan mengenai kemasukan bukan Melayu ke UiTM merupakan sebahagian daripada kontroversi yang tercetus susulan cadangan untuk membenarkan sementara bukan Bumiputera mengikuti kursus pasca-siswazah dalam pembedahan kardiotoraks.

Zaid, yang juga bekas pelajar UiTM, berkata perlembagaan kerap disalah petik dalam hujah mempertahankan dasar satu kaum di universiti itu.

"Perkara 153 perlembagaan tidak mengandungi apa-apa yang menghalang atau melarang kemasukan bukan Bumiputera ke mana-mana institusi awam, termasuk UiTM.

"Perkara 153 menetapkan bahawa kuota yang munasabah untuk tujuan pendidikan boleh diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang terikat dengan nasihat Kabinet mengenai perkara itu," tambahnya.

Tambah Zaid, UiTM sendiri mungkin telah melanggar Perkara 153.

“Dasar eksklusif satu kaum UiTM jelas melanggar penentuan ‘kadaran munasabah’ yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 dan menyalahi undang-undang sepenuhnya.

“Pendek kata, Perkara 153 tidak membenarkan penubuhan universiti untuk satu kaum sahaja seperti UiTM,” katanya.

Beliau memetik Perkara 12 perlembagaan, yang menjamin hak mendapatkan pendidikan yang "bebas daripada diskriminasi agama, bangsa, keturunan atau tempat lahir".

"Oleh itu, kerajaan perlu segera mengambil langkah yang perlu bagi memastikan dasar kemasukan UiTM selaras dengan Perkara 12 dan 153 Perlembagaan,” katanya.

"Sebarang bentuk eksklusiviti kaum dalam kemasukan melanggar dua perkara dalam perlembagaan ini."


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies