Nak tembak isteri, terkena pengawal peribadi di KLIA
Seorang individu dipercayai cuba menembak isterinya, dan sebaliknya terkena seorang pengawal peribadi kepada isteri tersebut, dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pada 1.15 pagi tadi.
Suspek dipercayai melarikan diri ke utara, menurut polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis diraja Malaysia Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain (gambar, atas) memberitahu media suspek pernah ditangkap pada Disember tahun lalu berkaitan siasatan kesalahan menggertak isteri.
Lantaran itulah wanita berkenaan menggaji pengawal peribadi demi keselamatan dirinya sendiri, kata Shuhaily.
Portal berita dari media arus perdana Malaysiakini memetik Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan sebagai berkata siasatan lanjut mendapati suspek berniat menembak isterinya yang berada di situ.
“Isteri suspek dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah ketika kejadian berlaku.
“Suspek bertindak melepaskan dua das tembakan sebelum terkena seorang lelaki tempatan yang juga merupakan pengawal peribadi mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Hussein berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.
“Identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi kesan sedang giat dijalankan. Kejadian ini bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.
"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian manakala suasana di KLIA berada dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya.
Isteri suspek yang juga ejen umrah telah memuat naik satu kenyataan di Facebook mengatakan seorang individu telah cuba membunuhnya apabila dua das tembakan dilepaskan dan terkena pengawal peribadinya.
Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment