Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...
Tokoh kontroversi Tamrin Ghafar dipanggil polis untuk siasatan
Malaysia telah menyaksikan pemimpin parti menang hanya 13 kerusi parlimen jadi PM, PM sekarang pun partinya menang kurang 30 kerusi
PAS yang menang paling banyak kerusi di PRU15 hanya mampu jadi pembangkang
Media melaporkan Datuk Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar (dua gambar di atas), anak bekas timbalan perdana menteri akan disoal siasat polis Selasa depan berhubung catatan di blognya yang meramalkan penguasaan DAP terhadap politik Malaysia pada masa hadapan.
“Tamrin dijadual memberikan keterangannya kepada polis pada 16 April jam 10.30 pagi,” kata peguam Tamrin Encik Rafique Rashid Ali kepada Free Malaysia Today, seperti dipetik portal berita dari media arus perdana, Malaysiakini.
Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba |
Tamrin merupakan anak kepada Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba.
Dalam catatan di blog Tamrin bertarikh 4 April, beliau berkata semua orang Melayu dan raja-raja Melayu mesti sedar bahawa malapetaka akan menimpa mereka jika DAP mengambil alih.
Hantaran Tamrin bertajuk ‘10 tahun lagi DAP akan jadi tuan' itu menyatakan DAP mempunyai blok terbesar ahli parlimen dalam kerajaan persekutuan hari ini dengan 42 kerusinya.
"Bolehkah kita bayangkan 22 peratus DAP menguasai 70 peratus bangsa Melayu di Tanah Melayu ini," soalnya.
Pun begitu tidak jelas dari mana dia mendapat angka 22 peratus itu, menurut portal Malaysiakini.
Zaid Ibrahim tak fikir UMNO buat laporan polis kerana mereka sedang sibuk dengan isu stoking dan tapak kasut
Semalam, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim (gambar, atas) berkata dia telah menelefon Tamrin untuk tidak terlalu keras pada catatan di blognya itu.
"Jika tidak, Bukit Aman akan datang panggil," katanya sambil merujuk kepada ibu pejabat polis itu.
Bagaimanapun, amarannya terlambat kerana Tamrin memaklumkan dia telah pun dipanggil oleh Bukit Aman.
Namun Zaid mengecam tindakan polis itu, berkata dia terkejut polis akan memanggil seseorang berdasarkan ramalan.
Zaid melahirkan rasa ingin tahu siapa yang membuat laporan polis terhadap Tamrin berhubung perkara itu.
“Membuat ramalan tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan jenayah.
"Sudah tentu DAP tidak akan berasa sangat kecewa dengan naratif itu untuk membuat laporan," katanya.
Dia juga menolak UMNO akan terlibat dalam perkara itu kerana "mereka sudah sibuk dengan stoking dan tapak kasut."
Pun begitu, Kata portal itu lagi, catatan di blog berkenaan, Tamrin turut menyentuh hal-hal lain dan membuat dakwaan tertentu kepada pemimpin negara, seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
End©Permadu
Oleh Fauzi Kadir, Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment