Kalau semua hal nak report polis dan pakai lawyer, baik mahkamah sahaja jadi PM

Lebih baik Nurul jelaskan perkara yang sebenar, sebab kamu ahli politik

Pemimpin politik seharusnya berjiwa besar, bukan pantang ada cerita buruk mengenai tuan punya badan, terus nak report polis dan pakai lawyer ambil tindakan undang-undang.

Rakyat sudah bosan menjadi penonton drama standard TV3 dan RTM seperti ini.

Akhbar Bahasa Melayu berpengaruh Sinar Harian melaporkan lewat malam kelmarin bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Nurul Izzah Anwar akan membuat laporan polis terhadap kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

Mengapa tidak bekas ahli parlimen Permatang Pauh yang kalah teruk dalam PRU15 itu mempermudahkan keadaan dengan menjelaskan perkara yang sebenar. Kalau ada katakan ada, kalau tiada katakan tiada.

Jika ada, kalau gaji yang diterima bukan RM35,000 nyatakan jumlah gaji yang sebenar. Mudah sahaja.

Kalau tak mahu dikritik, jangan jadi ahli politik.

Anak perempuan sulung perdana menteri itu berkata, beliau telah menerima satu kiriman hantaran di laman sosial Facebook yang tidak benar terhadapnya pada Sabtu.

“Petang tadi (Sabtu), saya telah menerima kiriman hantaran Facebook yang berunsur fitnah terhadap diri saya.

“Peguam saya masih bercuti Tahun Baharu Cina. Insya-ALLAH, laporan polis terhadap fitnah ini menyusul minggu depan selepas laporan polis oleh Nadia esok pagi (Ahad).

“Jangan dilupakan juga ya audit oleh ProKhas ke atas Laksana, baru selesai kisah sebenar,” katanya menerusi satu hantaran pada Sabtu.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu hantaran "berunsur fitnah" terhadap Nurul Izzah yang mengatakan bahawa beliau telah dilantik sebagai penasihat Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) serta menerima gaji sebanyak RM35,000.

Bukan itu sahaja, hantaran berkenaan turut menyatakan Nurul Izzah dibekalkan dua kakitangan dengan gaji antara RM5,000 hingga RM20,000.

Susulan itu Nurul Izzah menegaskan, tindakan menyebar maklumat palsu dan fitnah adalah pelanggaran bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Terima kasih daun keladi buat yang membaca.

“Moga ALLAH SWT membantu perjuangan dalam menegakkan keadilan dan melawan kebatilan,” ujarnya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar