Jangan Sampai Orang Panggil "Anwar Basi"

Portal berita dari media arus perdana Malaysiakini melaporkan bekas ahli parlimen DAP Encik Ong Kian Ming membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih membangkitkan isu "sakau" selepas setahun mentadbir negara ini.


"Saya rasa cerita ini sedikit basi selepas lebih setahun sebagai kerajaan," tulisnya di media sosial.

Terdahulu Anwar dilaporkan berkata, kerajaan terus boleh bantu rakyat kalau “wang yang disakau” tokoh tertentu dipulangkan.

Tegas Perdana Menteri jumlah yang dicuri bukannya sedikit, membabitkan nilai berbilion ringgit sedangkan mereka berdegar-degar mendakwa sebagai pejuang Melayu.

Jelasnya, wang yang dicuri itu menyebabkan kerajaan terbantut dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berkesan.

Sementara itu, Ong menjelaskan kepada portal berita berkenaan, Anwar dan kerajaan harus fokus kepada reformasi yang dijanjikan.

"PMX dan kerajaan perpaduan harus memberi tumpuan kepada menjayakan reformasi politik dan institusi yang sebenarnya.

"Sebagai contoh, bilakah pengisytiharan aset oleh menteri, timbalan dan ahli parlimen akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada meningkatkan ketelusan?" katanya.

Jelasnya lebih setahun selepas kerajaan perpaduan ditubuhkan, sesuatu yang mudah seperti ini belum dapat dilaksanakan lagi.

Awal bulan lepas, Anwar berkata format baru pengisytiharan aset sedang dirangka untuk menggalakkan ketelusan.

Garis panduan baru juga telah diberi kelulusan untuk memastikan pelantikan badan berkanun tidak terbabit dalam rasuah.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!