Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Hail Amir: Uji sayang Hail tak?

Uji Rashid: Sudah gaharu cendana pulak, sudah tahu bertanya pulak!

Dalam sebuah lagu, Hail Amir bertanya Uji Rashid, kemudiannya Uji menjawab yang membawa makna mestilah sayang.

"Nak siasat saya untuk apa?"

Selepas membaca penjelasan berbentuk soalan: "Nak siasat saya untuk apa?" – seolah-olah dirinya tidak boleh disiasat sama sekali.

SPRM dan rakyat perlu tahu, mengapa dia bertugas di Kenanga. Kenapa kemudian jadi boss CIMB dengan gaji yang sangat tinggi. Hebat sangatkah kepakaran dan kebolehan orang ini? Kalau dia boneka, siapakan orang ghaib di belakangnya? Semua ini rakyat pun nak tahu juga.

Sampai PM Madani sanggup berbohong kepada rakyat dalam kempen PRU15 bahawa dia tak akan ambil orang ini.

Sudahlah dia kalah bertanding kerusi parlimen dalam PRU15 kepada menteri kesihatan sekarang, PM dari Tambun sanggup lantik dia jadi menteri melalui platform kesenatoran.

Jangan marah kalau kerana ini rakyat merasa meluat kepada PM Madani kerana berbohong dan lantik lagi orang ini walaupun dia kalah.

Mesti dia special, licik dan lebih hebat dari mereka yang tersingkir seperti Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa.

Zaman Muhyiddin dia ada. Zaman Mael Bera dia ada. Dan sekarang pun dia ada. Hebat betul orang ini.

Memetik berita dari Malaysiakini, Malaysia Gazette melaporkan pada 16 Januari 2024 lalu bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mempersoalkan motif pihak yang mendesak supaya beliau disiasat ekoran pendedahan Kertas Pandora.

Beliau memberitahu, isu berkaitan pelantikannya sebagai Pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Limited telah diperjelaskan pada 4 Oktober 2021, berikutan laporan yang disiarkan Malaysiakini pada hari yang sama.

Tengku Zafrul berkata, beliau memegang jawatan tersebut dan menjadi Pengarah Kumpulan Kenanga Holdings mulai Januari 2009 namun melepaskan kesemua jawatan tersebut pada Jun 2010 setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad.

“Jadi, sekarang ini ada sesetengah pihak desak supaya saya disiasat berkenaan pendedahan Pandora Papers. Soalan saya siasat untuk apa?

“Saya dinamakan sebagai pengarah syarikat bagi Kumpulan Kenanga sebab saya bekerja dengan mereka. Syarikat itu bukan saya punya.

Lepas saya tak bekerja dengan Kumpulan Kenanga, jawatan pengarah tu pun saya dah lepaskan,” katanya seperti dipetik daripada rakaman video yang disiarkan melalui media sosial, pada Hari berkenaan.

Pada 8 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Gerakan Menuntut Malaysia Bersih (GMMB), Encik Syarul Ema Rena menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap sembilan individu termasuk Tengku Zafrul yang didakwa terlibat dalam siasatan Kertas Pandora.

Tengku Zafrul turut mempersoalkan sama ada GMMB mendakwa semua syarikat kewangan yang beroperasi di Labuan menjalankan perniagaan secara haram dan melanggar undang-undang serta mahu semua pengarah syarikat kewangan di situ disiasat oleh SPRM.

Beliau mengingatkan mereka bahawa Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (LIBFC) ditubuhkan pada 1990 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri keempat.

“Kena ingat ya, kerajaan sendiri yang wujudkan LIBFC dan menggalakkan syarikat Malaysia membuka syarikat di sini.

“Adakah mereka nak tuduh kerajaan menggalakkan aktiviti haram?” soalnya.

Tengku Zafrul menjelaskan, terdapat 940 syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) termasuk 70 bank dan 237 syarikat insurans.

Menurut beliau, sehingga kini bank-bank di Labuan memilik hampir AS$50 bilion aset dan syarikat insurans di Labuan mempunyai premium sehingga AS$1.7 bilion.

“Adakah semua aset-aset ini haram? Untuk 2022 sahaja, syarikat-syarikat di LIBFC menyumbang cukai lebih RM1 bilion.

“Kalau ini semua aset haram, adakah kerajaan kutip cukai dari aktiviti haram?” soalnya lagi.

Tengku Zafrul menambah, LIBFC juga adalah majikan kolar putih terbesar di Labuan dengan lebih 9,000 pekerja, bersamaan 20 peratus daripada jumlah seluruh pekerjaan di Wilayah Persekutuan itu.

“Jadi adakah semua orang yang bekerja di LIBFC juga terlibat dengan aktiviti haram? Kalau ya, ramailah orang Labuan kena berkas lepas ni,” katanya.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul meminta GMMB menjelaskan kesalahan yang mereka ingin SPRM siasat kerana beliau ingin tahu. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank