Bintang hebat Mokhtar Dahari, Soh Chin Sun dan Santokh Singh dijangka muncul semula

Datuk Dollah Salleh, bekas ketua jurulatih skuad bolasepak Malaysia

Skuad Malaysia berpotensi kembali gemilang seperti di zaman Tan Sri Hamzah Abu Samah sebagai presiden FAM

Bintang-bintang hebat seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Sun dan Santokh Singh dijangka akan muncul semula.

Seperti dijangka, dua kemenangan di pentas antarabangsa pada awal bulan lalu telah berjaya melonjakkan ranking Harimau Malaya daripada kedudukan ke-137 hingga berada di tempat ke-130 dunia.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) semalam, skuad kendalian Kim Pan-gon telah naik tujuh anak tangga sekali gus berada di landasan yang tepat sebelum mengharungi kejohanan Piala Asia 2023 nanti, demikian akhbar harian Bahasa Melayu Kosmo! melaporkan pada 30 November 2023.

Kim Pan-gon

Penambahan mata ranking itu berdasarkan perkiraan semasa termasuk dua kemenangan aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ke atas Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 dan Taiwan (1-0) baru-baru ini.

Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Vietnam berada di kedudukan 95 dunia (
1235.58 mata), Thailand berada di posisi ke-113 dunia (1176.75 mata) dengan Malaysia menjadi negara ketiga terbaik rantau ini (1122.87 mata).

Skuad Filipina pula mengumpul 1086.17 mata di kedudukan ke-140 dan lebih tinggi berbanding negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-146 (1064.01 mata) dengan Singapura di tempat 156 dunia (1020.50 mata).

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023