Pesanan kelakar dari MB Pahang

MB Pahang Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) mesra dan akrab dengan Speaker DUN Pahang Mohd Sharkar Shamsudin.

MB Pahang sempat cakap Omputih, "Don't take it too serious" selepas bergurau dengan berkata orang duduk Kolumpo (KL) jangan balik Pelangai mengundi kalau tak sokong BN

Media melaporkan bahawa pemenang undi terbanyak jawatan Naib Presiden Umno Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu penyokong Barisan Nasional (BN) di DUN Pelangai supaya menasihatkan anak-anak mereka yang tidak menetap di kawasan itu agar tidak pulang mengundi jika tidak menyokong BN.

Menteri Besar Pahang itu berkata, adalah lebih baik pengundi yang menetap di Pelangai sendiri memilih wakil rakyat mereka.

"Anak-anak kita yang berada di luar kalau dia tak bersama dengan kita tidak payah suruh balik. Biar duduk di kolumpo (Kuala Lumpur) je. Mengaco (mengacau) je. Biar kita je yang menguruskan kampung halaman kita," Malaysiakini memetik Wan Rosdy sebagai berkata dalam ceramah di hadapan kira-kira 300 orang yang hadir.

Bagaimanapun, Wan Rosdy kemudiannya memberitahu pemberita bahawa dia hanya berseloroh.

Wan Rosdy berucap pada program 'Sembang Santai' yang merupakan sebahagian daripada program kempen bagi calon BN di DUN Pelangai, Amizar Abu Adam.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Wan Rosdy menjelaskan dia tidak bermaksud untuk memberitahu pengundi luar supaya tidak balik mengundi pada 7 Oktober ini.

"Yang tu seloroh je. Maknanya kita harap mereka balik dan menyokong kitalah. Tapi macam saya kata kalau tak mengundi tak payah balik tu saya seloroh je la.

"Sebab tengok ada yang mengantuk tadi jadi saya selorohlah sikit. Don't take it too serious (Jangan ambil serius sangat),” katanya.

MB percaya Pahang lebih Islam dari PAS

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Rosdy turut menempelak PAS kerana mendakwa Pahang akan menjadi negeri sekular.

Sebaliknya, dia menyifatkan Pahang lebih Islamik berbanding negeri-negeri yang dikuasai PAS.

Ini katanya, terbukti daripada inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri termasuk membina sebuah universiti Islam dan 24 sekolah Tahfiz di negeri ini.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri juga menghantar pelajar mengikuti pengajian Islam di Universiti Al-Azhar di Kaherah, selain telah menggubal enakmen anti-murtad.

"(Jadi) Apa tak Islamnya? Saya ingat Pahang ni lebih Islam dari negeri yang mereka perintah," ujarnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh,
Penolong Pengarang


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim