Salahuddin Ayub meninggal dunia

PERGINYA SEORANG PEMIMPIN YANG RAJIN BERKHIDMAT

Media tempatan melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun malam ini.

Anak kepada Allahyarham timbalan presiden parti Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.

"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya.

Ahli parlimen Pulai itu telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.

Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Salahuddin meninggalkan seorang balu Datin Seri Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.

Dalam perkembangan berkaitan, setiausaha akhbar kepada menteri KPDNDKSH, Syakirin Husnal memberitahu jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk dihantar pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di Johor.

"Pihak keluarga Allahyarham ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan yang diberikan terhadap Allahyarham selama ini.

Inisiatif Rahmah

"Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman," katanya pada satu kenyataan.

Salahuddin merupakan ahli parlimen Pulai, Johor selama tiga penggal dan dua kali berkhidmat sebagai ahli parlimen Kubang Kerian.

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin memperkenalkan inisiatif Rahmah yang bertujuan menyediakan barangan dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.

Ini bermula dengan sajian Menu Rahmah RM5 dan sejak itu telah berkembang kepada barangan dan perkhidmatan lain seperti insurans dan cermin mata.

Anak jati Johor itu sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pertanian dan IndustriAsas Tani di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang pertama, pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim