Anugerah gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang, Nik Aziz; ini pandangan Mahathir


Sebagaimana diketahui umum, dua nama besar, satu dari DAP dan satu lagi dari PAS adalah seteru politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di sepanjang kerjaya politik tiga individu ini.

Bagaimanapun, veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang pernah menjadi sahabat Mahathir seketika apabila mereka bergabung dalam Pakatan Harapan menjelang PRU14 sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, lalu menubuhkan kerajaan selama 22 bulan.

Kini Mahathir dan Lim tidak kelihatan bersahabat, pada masa sama tidak juga nampak bermusuh.

Hubungan politik Mahathir dengan bekas Mursyidil Am PAS Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat pula kelihatan bermusuh antara satu sama lain. Ini mungkin atas faktor musuh tradisi antara UMNO dan PAS itu sendiri.

Tidak pasti sama ada Mahathir bersifat sakarstik atau memang beliau menyanjung kedua-dua pemimpin itu. 

Ketika ditanya mengenai penganugerahan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang, Mahathir berkata, veteran DAP itu setaraf dengan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di Kuala Lumpur semalam. 

"Sumbangan Kit Siang kepada negara tak boleh dilawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang yang setaraf dengan (Allahyarham) Nik Aziz," katanya.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim