Satu kapal pun tak siap, kos LCS naik dari RM9b kepada RM11.2b


Boustead Holdings Berhad (BHB) mengumumkan jumlah keseluruhan kos projek kapal tempur pesisir (LCS) tentera laut yang bermasalah sebelum ini, telah disemak menjadi RM11.2 bilion, meningkat daripada RM9 bilion. 

Menurut laporan FMT, ini susulan anak syarikat BHB Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menandatangani enam kontrak tambahan untuk projek itu dengan kerajaan hari ini.

Dalam dokumen di Bursa, BHB berkata semua reka bentuk dan aktiviti pembinaan bagi lima kapal tentera laut itu disambung semula dengan menandatangani kontrak.

Syarikat itu berkata, kapal pertama akan dihantar dan diuji sepenuhnya pada Ogos 2026, manakala kapal kelima dijangka pada April 2029.

“Jumlah harga kontrak disemak kepada RM11.2 bilion berikutan antara lain perubahan spesifikasi yang diluluskan dan lanjutan masa.

“Syarat pembayaran adalah berbeza daripada aktiviti penting kepada kemajuan kerja yang mencerminkan pelbagai elemen dalam kontrak, berdasarkan wajaran kepada reka bentuk, peralatan, pembinaan dan percubaan, serta pentauliahan,” kata BHB.

Terdahulu, BHB dalam kenyataan berkata, satu jawatankuasa pemantau baharu akan dibentuk bagi memastikan projek itu siap dan mengelakkan kesilapan lalu daripada berulang.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh ketua setiausaha perbendaharaan dan pertahanan.

Pengerusi BHB, Nazim Rahman, berkata BNS telah mengukuhkan tadbir urus dalamannya dengan ketara semasa projek itu ditangguhkan.

Kontrak tambahan itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Muez Abd Aziz dan Nazim, sambil disaksikan Menteri Pertahanan Mohamad Hasan.

Pada Mei 19, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), berkata pihaknya berhasrat mengadakan prosiding baharu berhubung projek LCS yang kontroversi itu pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Projek LCS, yang dikatakan sebagai perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah negara melibatkan kos keseluruhan RM9 bilion, mendapat perhatian tahun lalu selepas PAC mendedahkan tiada satupun daripada enam kapal disiapkan walaupun Putrajaya membelanjakan RM6.08 bilion.

Pada Februari lalu, Mohamad berkata, kos projek LCS tetap sama walaupun tentera laut bersedia menerima lima, berbanding enam kapal pada asalnya.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa harga untuk membina sebuah kapal telah meningkat berikutan banyak variasi daripada tempahan asal dan inflasi.

Mohamad berkata, dana untuk projek itu telah digunakan bagi pembinaan bahagian kapal, sambil menambah beliau mengesahkan perkara itu ketika melawat limbungan pembinaan kapal di Lumut.

Projek itu telah dianugerahkan kepada BNS melalui rundingan terus dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat projek itu sebelum ini mengesyorkan beberapa individu didakwa.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri