Charles Santiago lantikan politik pertama dari DAP


Media melaporkan bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago (gambar, bawah) telah dilantik semula sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Charles sebelum ini mempengerusikan suruhanjaya itu sejak November, 2018 hingga April, 2020.

Pelantikan semula ini, yang berkuatkuasa 20 Mac lalu, diumumkan Span dalam kenyataan semalam.

Beliau menjadi tokoh pertama dari DAP yang mendapat lantikan politik di bawah kerajaan semasa. 

Span adalah badan pemantauan bebas ke atas perkhidmatan saliran dan bekalan air di Semenanjung dan Labuan.

Ketika pertama kali menjadi pengerusi Span, Charles antara lain melancarkan rangka kerja integriti dan antirasuah.

Rangka kerja itu memerlukan syarikat saliran dan bekalan air memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus belanjawan operasi bagi usaha membanteras rasuah dan mengukuhkan tadbir urus korporat.

Charles sebelum ini menggesa Span untuk mengadakan audit khas berkaitan kemudahan air, selain audit yang biasa dibuat, dan setakat ini tiga syarikat yang sudah diaudit. 

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Jamaliah Mohd Salleh


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim