Anwar beri amaran keras jangan permain api perkauman

Gambar hiasan artis Angels Wong

Jangan main api, kalau-kalau terbakar nanti

Isu perkauman adalah antara perkara yang dijadikan modal politik untuk menjuarai carta pemimpin atau parti politik paling popular.

Sudah tentulah kepopularan itu ingin diterjemahkan kepada undi di pilihanraya atau undi untuk pemilihan jawatan-jawatan dalam parti politik.

Ini bukan hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu sahaja, tetapi juga terjadi kepada komuniti Cina dan India juga.

Bukan UMNO sahaja, tetapi kita juga dapat lihat PAS, Bersatu, MCA, DAP, PKR, Gerakan, juga MIC dan lain-lain melakukan perkara serupa. Parti Pejuang dan Putra tak payah ceritalah. Pemimpin-pemimpin parti berasaskan kaum atau agama akan bertempik untuk memperjuangkan bangsa dan agama masing-masing.

Penyudahnya, apa hasil yang kita rakyat marhaen dapat? Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Yang kaya mereka, yang susah kita. 

Dalam kongres PKR semalam di Shah Alam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak bermain dengan api perkauman dan agama. Tambah presiden PKR itu, mangsa sentimen sebegini adalah rakyat jelata.

Tidak kurang pentingnya, pembangunan ekonomi negara juga boleh terjejas dengan teruk. 

TONTON 👇 VIDEO

Video terbitan FMT

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country