Mat Rempit Singapore lepas gian di Malaysia

 Kita orang, dia orang

Beberapa persembahan video dari YouTube menampilkan sekumpulan warga Singapura bermotorsikal dengan berbagai aksi Mat Rempit suspens di atas lebuh raya Malaysia.

Salah satu kumpulan itu yang menamakan diri mereka Kapchai Singa, para penunggang motorsikal dilihat memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Selain itu gaya pemanduan mereka beraksi sekali pandang macam Superman. 

Portal berbahasa Inggeris paultan merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan The Straits Times Singapore, menunjukkan beberapa tangkap layar sekumpulan motorsikal bernombor pendaftaran Singapura dipandu secara merbahaya dengan pelbagai aksi umpama anda sedang menonton filem Tamil yang penuh suspens.

Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan identiti pemandu serta perincian nombor pendaftaran. 

Menunggang motorsikal dengan merbahaya di jalan raya di Malaysia boleh mengundang denda antara RM5,000 dan RM15,000, dan/atau dipenjara sehingga lima tahun. Pesalah trafik sedemikian boleh didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 merangkumi kesalahan memandu membabi-buta dan merbahaya.

Jurucakap polis memberitahu akhbar itu bahawa pihak polis Malaysia menyedari perkembangan ghairah ini dan Polis Diraja Malaysia sudah merujuk perkara ini kepada Jabatan Inteligen.

Seorang penunggang hebat yang tidak didedahkan identitinya pula berkata mereka sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

"Kami tengok keadaan jalan terlebih dahulu, kami hanya beraksi di jalan lengang," katanya. 

End©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©PermaduEnd©Permadu


Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?