Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

 Peluang Akmal Nasir kekal ahli parlimen JB hanya 50-50, kata penganalisis

Gambar terbaru Akmal Nasir Nasrullah di Masjid Bulatan, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada Jumaat 4 November, 2022. 

Penyandang ahli parlimen Johor Bahru dari PKR /Pakatan Harapan Akmal Nasir Nasrullah hari ini tampil menunaikan solat fardu Jumaat bersama kariah di Masjid Bulatan, Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, demikian koresponden Permadu Malaysia di JB memberitahu blog ini sebentar tadi.

Akmal Nasir mengesahkan sumbangan sebuah van jenazah hari ini untuk masjid berkenaan ketika ditanya.

Difahamkan, Masjid Bulatan di Kampung Melayu Majidee itu sedang berusaha mengumpul dana untuk membeli sebuah van jenazah dan membina sebuah Dewan Serbaguna di perkarangan masjid. 

Dengan sentimen sokongan kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional di Johor menjelang PRU15 yang bakal diadakan pada 19 November ini, pemerhati politik melihat Akmal Nasir mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi kerusi parlimen Johor Bahru. 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

Tinjauan terbaru menunjukkan PN bakal tawan Selangor

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

Tinjauan dapati kecenderungan memilih profesion agamawan/pendakwah mungkin terjejas

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?