Isteri dicerai bekas MB Perlis tuntut RM15.34 juta

Sova Ali (kiri) dan Azlan Man

Pertelingkahan selepas bercerai

 Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, blog ktemoc memetik berita dari portal THE MOLE bertarikh 4 November, 2022, bekas isteri kepada bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man memfailkan tuntutan mutaah dan alimoni berjumlah RM15. 34 juta.

Sova Ali, seorang warga Indonesia, membuat tuntutan mutaah sebanyak RM15 juta selepas dirinya dicerai Azlan tanpa alasan munasabah. Sova mempertikai Azlan menceraikannya tanpa kebenaran mahkamah. 

Selain tuntutan mutaah, Sova juga membuat tuntutan alimoni sebanyak RM344,250 atas alasan beliau tidak menerima sokongan kewangan dari suaminya Azlan di sepanjang tempoh lebih 12 tahun perkahwinan mereka sejak bulan Mac, 2010. 

Sova akan membuat tuntutan harta sepencarian untuk hartanah di Perlis, Selangor dan di luar negara yang diperolehi Azlan Man semasa mereka berstatus suami isteri. Beliau juga akan meminta nafkah iddah.

Kes semua tuntutan ini akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Disember ini.

Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Sova berkata pendaftar mahkamah telah membenarkan saman dan penyata tuntutan dikeluarkan dan dilakukan di Perlis. 

Pada 25 Ogos lepas, Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab. Halim membuat keputusan mengesahkan penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Hakim membuat keputusan itu mengikut Undang-Undang Keluarga Islam/Syariah Selangor, setelah berpuas hati dengan testimoni kedua belah pihak berkaitan lafaz talaq oleh Azlan di Jakarta. 

Berita asal yang dipetik dari blog ktemoc:

SHAH ALAM — Nov. 4, 2022: The former wife of Perlis Mentri Besar Datuk Seri Azlan Man has filed mutaah (consolatory gift) and alimony claims totalling RM15.34 million at the syariah high court here.

Sova Ali, an Indonesian, is demanding RM15 million in mutaah after she was divorced without reasonable grounds. Her argument is that neither did he obtain the court’s permission.

She further wants RM344,250 in alimony, claiming that she did not receive financial support from him throughout their marriage from March 2010.

Sova will file a claim for marital assets for properties acquired in Selangor, Perlis and overseas during the marriage and to demand nafkah iddah (maintenance payments).

The cases for the claims will be heard here on December 15.

Syarie lawyer Datuk Zainul Rijal Abu Bakar for Sova said the court registrar has allowed them to serve the summons and statement of claim in Perlis.

On August 25, syarie judge Abdullah Zuhdee Ab. Halim confirmed the dissolution of the marriage at the Hulu Langat lower syariah court.

He did it under the Selangor Islamic Family Law after he was satisfied with testimonies from both parties on the pronouncement of the talaq by Azlan in Jakarta.

Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.

End©Permadu

 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?