Fauzi Abdul Kadir's Permadu Media's official blog.
Permadu is a brand of business and this blog is financed by Permadu Harmony Bersepadu.
Without fear or favour, we highlight independent views.
BERANI*BEBAS*BERKECUALI
brave*independent*neutral
Kit Siang terkejut Zaid Ibrahim tukar pendirian terhadap Najib
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Malaysiakini melaporkan semalam Ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang mengakui dirinya terkejut dengan pemikiran baharu peguam terkenal, Datuk Zaid Ibrahim tentang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Dalam satu kenyataan semalam, Lim berkata tidak terlintas di fikirannya bahawa Zaid mengumumkan secara terbuka bahawa dia "yakin" Najib tidak bersalah dalam urusan 1MDB.
“Kini saya yakin yang Najib ditipu. Bukan sahaja oleh Jho Low tetapi juga oleh pegawainya. Dia dikelirukan oleh pegawai-pegawainya dalam 1MDB dan ditipu oleh Goldman Sachs dan Aabar Investments di Abu Dhabi.
“Jadi kerugian berbillion ringgit ini, pada pendapat saya, bukanlah kerana salah Najib, atau dalam kata lain, dia bukanlah yang merancangnya.” kata Zaid dalam video yang dimuat naik di laman Facebook.
Lim berkata perubahan pendirian Zaid, terutamanya selepas penerbitan lebih daripada 100 muka surat penghakiman oleh Hakim Azimah Omar dalam kes saman bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi terhadap dirinya adalah mengejutkan.
Penghakiman itu menimbulkan keraguan terhadap kebenaran tentang penjelasan Najib bahawa dia menerima sumbangan "derma" RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.
Sebagai peguam negara, Apandi menerima penjelasan Najib pada 2016 dan memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan. Najib akhirnya didakwa pada 2018 atas pertuduhan menyelewengkan dana RM2.6 bilion daripada 1MDB milik kerajaan.
Bagi Lim, dia tertanya-tanya bagaimana Zaid boleh berubah fikiran selepas membaca penghakiman Azimah.
Dah baca penghakiman Azimah ke belum?
“Atau adakah dia belum membaca penghakiman ini?” soal Lim.
Pada Selasa lalu, Najib memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa dia telah menggugurkan firma guaman Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi mewakilinya dan sebaliknya telah melantik Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguambela yang baru.
Zaid pernah menjadi ahli UMNO yang kemudiannya menyertai PKR dan seterusnya menyertai DAP. Dia meninggalkan DAP pada Mei 2020.
While Malaysian prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is on an official visit to Italy, Spain and Brazil to attend the BRICS summit, his own Peoples’ Justice Party (PKR) is in rapid collapse at home. News is emerging from chat groups and pundits there are mass branch resignations of members across more than 200 branches nationwide. Some branches just don’t exist anymore. The party vote for deputy president, where Puan Nurul Izzah Anwar, Anwar Ibrahim’s daughter challenged incumbent Rafizi Ramli, who was minister of economy until he resigned a few weeks ago showed that some 16,000 members out of 30,000 eligible, did not even bother to vote in this nationally publicized dual. This just indicates the level of apathy within PKR itself, with such an important event for the future of the party. PKR has gradually been losing electoral support since 2013. In the 2014 general election PKR received 20.39 percent of the national aggregate vote, and in 2022 PKR only received 15.72 percent of the...
Di waktu diberitakan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima rawatan di sebuah hospital semalam, selepas pengsan dan tidak sedar, timbul pula pengedaran aktif banyak kali berita seperti di atas di media sosial menerusi platform WhatsApp. Ismail Sabri dikejarkan ke pusat perubatan swasta selepas dilaporkan rebah secara tiba-tiba pada tengah malam kelmarin. Gambar fail BERNAMA Tidak mustahil ada pihak sengaja memprovokasi dan mengeksploitasi perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu dengan kisah yang memperlihatkan ciri-ciri amalan rasuah. Namun bukan juga ini bermakna berita itu tidak benar. Mungkin juga ia benar-benar berlaku. Timbul juga tanda tanya, sebagai ahli parlimen biasa, adakah beliau masih mempunyai setiausaha politik? Kita tunggu maklum balas dari pihak berkenaan serta laporan rasmi dari media selepas ini. Ismail Sabri kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya. Terdahulu, media melaporkan Ismail ...
Dua tokoh parti politik yang sukar dipisahkan dari imej rasuah , semakin panas bertelagah Rentak Madani 🎵 Akhbar Sinar Harian melaporkan semalam bahawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya berdepan dengannya sama ada di mahkamah ataupun di gelanggang, berikutan tuduhan kononnya beliau mempunyai agenda tersembunyi untuk menaikkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Perdana Menteri. Amaran itu dibuat selepas Lokman secara terbuka menggelar beliau sebagai ‘Ketua Pemuda H20’ dalam satu wawancara bersama sebuah platform baru-baru ini. Menurut Muhamad Akmal, Lokman kini mempunyai dua pilihan, sama ada menjawab saman beliau di mahkamah ataupun bertemu di gelanggang bagi menyelesaikan isu berkenaan. “Kamu ada dua pilihan. Pilihan pertama, kita lawan di mahkamah. Aku saman kamu," cabar Akmal. Lokman berpendapat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menggunakan kelebih...
ADA UNSUR PREJUDIS DALAM TULISAN FAISAL TEHRANI, SECARA JELAS MERUJUK KEPADA MUFTI PERLIS, DR MAZA WALAUPUN TIDAK MENYEBUT NAMA Motif "menculik dengan niat membunuh" dan menggunakan anggota keselamatan negara atas bidang kuasa mufti didorong keyakinan serta ketaksuban fahaman Wahabi dan Salafi yang berpusat di Arab Saudi, dengan pemikiran hanya aliran fahaman mereka sahaja yang betul. Namun, pandangan Faisal Tehrani tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Prof. Bersekutu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, secara komersial dikenali sebagai Dr. Maza, pendakwah Salafi, penulis, pensyarah dan pemikir/perunding agama Islam dari Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Mufti Perlis untuk kali kedua sejak 2 Februari, 2015. Tempoh pertama beliau sebagai mufti Perlis dari 2006 hingga 2008. MISTERI kehilangan yang dipercayai diculik dengan niat untuk membunuh Amri Che Mat, Pastor Raymond Koh dan tiga lagi personalìti berkaitan agama Islam dan Kristian masih menunggu jawapan pasti. ...
BEGITULAH RESAM DUNIA Mereka membisu dipercayai untuk menyelamatkan diri masing-masing. Adakah dia menjadi kambing hitam Kumpulan Tebuk Atap para individu pelbagai parti? Tunggulah PRU akan datang. Hassan Karim pun pernah berkata Ismail Sabri pemimpin hebat. Salah satu jasa dia ialah campur tangan beri pilihan kepada pengguna membayar tol di lebuh raya. Kalau tidak, semua orang kena beli dan pakai RFID. Selepas UMNO, Barisan Nasional (BN) pula tampil menegaskan bahawa parti gabungan itu tiada sebarang kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut laporan media. Seperti dilapor Malaysiakini , Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dia juga tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan mana-mana pihak cuba mengaitkan kes dihadapi bekas naib presiden UMNO itu . "(Setakat ini) tak adalah yang kita dengar hal sedemikian (mana-mana pihak mengaitkan kes Ismail Sabri dengan BN)...
What Mahathir expected did not happen Initially, Mahathir Mohamad thought his party – PPBM (Bersatu) – could morph into a new version of UMNO. After all, it was him who brilliantly destroyed the original UMNO in 1988 and created “UMNO Baru” (the current UMNO version 2.0). But unlike in 1988, Mr. Mahathir had quit UMNO to form PPBM on 8 September 2016, and was no longer in charge of UMNO. UMNO won four times higher than Bersatu in GE14 Hence, after he leveraged on opposition Pakatan Harapan and stunningly defeated the scandal-plagued Najib government, his first priority was recruiting UMNO MPs to join his party. UMNO, although lost miserably, still won 54 parliamentary seats in the May 2018 General Election – more than 4 times the number of seats Mahathir’s party managed to capture. PPBM the worst among four strategic parties Mahathir’s party won only 13 seats out of the 52 Parliamentary seats it contested in the 2018 poll. That’s ...
Shah Alam City YESTERDAY, FMT reported that the capital city of Selangor had become very quiet, slow and almost no business, many buildings unoccupied, which one of them only utilised by less than ten staff of a company. Some factories closed down, businesses from petty traders to big timers closed shops for the past six months and so on. Even foreign business people from Indonesia and Pakistan decided to go back to their respective countries or moved to other places. A prominent business analyst, in his blog wrote that one of the reasons for the downfall of Shah Alam was the government's policy in overconcentrating a Malay population in the said city. Syed Albar Ali also suggested other reasons as well. Below is the write-up as published by OutSyed The Box on 30 January 2020. Syed Akbar Ali's comments : Just the other day Forest City announced 400 staff were being let go. Could it be because things are not so great anymore? D...
Ramai sangat yang bercakap bagi pihak Sultan Pahang. Entah ya entah tidak. Biar Sultan Pahang sendiri yang bertitah memperjelas perkara sebenar. Mencampur aduk politik dan sistem perundangan sangat merbahaya dan boleh menghancurkan negara selain menghakis keyakinan rakyat terhadap pemerintah. Malangnya, inilah yang telah, sedang dan dijangka akan terus berlaku. Sudah menjadi rahsia terbuka, persepsi rakyat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diselamatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kes prima facie melibatkan 47 pertuduhan melalui DNAA. Pada masa sama, Anwar kata dia tidak pernah campur perihal sistem kehakiman di negara ini. Rakyat berhak untuk mempercayainya atau sebaliknya. Adakah hanya musuh politik yang kena itu satu kebetulan? Apapun, janganlah kita hanya pandai menyalahkan Anwar sahaja kerana hampir semua perdana menteri terdahulu melakukan perkara yang serupa. Terbaharu, isu titah addendum yang menjurus bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini se...
Selamat menyertai Kelab Agamawan Problematik Nampaknya seorang lagi tokoh agamawan, pendakwah, penceramah motivasi keagamaan dan ilmuwan agama kelihatan terjebak di arena kontroversi berkaitan perlanggaran undang-undang negara yang serius. Jika sabit kesalahan, membolehkan seseorang pesalah dihukum penjara. Bagaimanapun, ini baru di peringkat siasatan. Oleh itu, ikutilah perkembangannya tanpa prejudis. Itulah Datuk Dr Mashitah Ibrahim ( gambar, atas ), bekas menteri dari Barisan Nasional, pernah menjadi ahli Parlimen Baling, Kedah. Kepopularan Mashitah bermula di era 80an apabila sering muncul menjadi panel penceramah agama dalam rancangan TV Forum Perdana terbitan RTM serta lain-lain program ketika itu. Kegemilangan Mashitah berada di puncak selepas dilamar kerajaan memerintah, seterusnya bertanding di pilihan raya, menang menjadi ahli Parlimen dan seterusnya dilantik sebagai timbalan menteri. Dalam perkembangan berkaitan, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ...
Comments
Post a Comment