"Remaja dipenjara, nasib malang sebab tak kenal Agong macam Azam Baki"
😭Berita seperti ini tidak akan membantu Malaysia nampak telus dan berintegriti di mata dunia.....😭
😭Adik ini anak sulung, berusia 19 tahun, ibu bapanya berpisah ketika dia berusia 8 tahun.
Dia tinggal bersama datuknya yang berusia 70 tahun dan sedang sakit.
Mereka hidup susah, makan minum pun di sedekahkan oleh jiran-jiran.
Dia masuk ke masjid, heret tabung derma ke bilik jenazah dengan niat untuk mencuri.
Dia ditangkap, dimandi jenazah oleh orang masjid, ditahan oleh polis, di dakwa, dijatuhkan hukuman penjara 10 hari, denda RM4,000.
Gagal bayar denda, dia akan dipenjarakan 5 bulan.
Tak cukup dengan itu, video nya disebar di media sosial untuk memgaibkannya.
Tuan-tuan, kalau anak kita umur 19 tahun buat salah, kita nak bunuh ke?
Kenapa bunuh masa depan anak ini?
Kenapa tuding jari senarai kan dosa dia sahaja?
Kenapa tidak tanya diri kita, apa tanggungjawab kita untuk bantu, didik, sayangi anak ini?
Saya seorang ibu, hati saya menangis melihat anak ini.
Nasib nya tidak baik kerana tidak kenal YDP Agong seperti Azam Baki.
Jika tidak pasti tiada sesiapa pun di Malaysia ini boleh menyentuhnya.
Saya harap institusi DiRaja negara ini sanggup turun ke bawah, lihat masalah rakyat jelata, bantu sebagai seorang Khalifah Islam.
Semua pemimpin perlu tengok masalah rakyat.
Mana Menteri Wanita yang sepatutnya menjadi ibu kepada rakyat? Tengok saja ke anak ini dizalimi?
Mana Menteri Agama, dok wirid di kerusi empuk ke?
Mana Menteri Pendidikan, tak turun lihat keciciran anak muda dari pendidikan ke?
Mana semua pemimpin hebat Malaysia ni? Ya Allahhhhh😭😭😭
Oh itu bukan bidang kuasa menteri? Waktu kempen pilihanraya semua anak orang di dukung.😭😭😭
Adaptasi dari satu hantaran di media sosial yang memetik sebuah artikel siaran Utusan Malaysia.
End©Permadu
Adaptasi oleh Fauzi Kadir |
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Comments
Post a Comment