PM ziarah Zahid Hamidi yang tiba-tiba masuk hospital

Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital swasta semalam.



Semoga YB Pengerusi BN diberikan kesembuhan segera dari ujian yang melanda.

Berita Harian melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.

Berita itu dikongsi oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, sambil beliau mendoakan Ahmad Zahid kembali sembuh.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi kegembiraan melihat hubungan baik di antara Presiden dan Naib Presiden UMNO itu.

"Seronok melihat hubungan kasih sayang dan kemesraan dua sahabat baik. Bak air dicencang, tidak sesekali terputus.

"Walau kini di puncak kuasa, tetap menghormati nakhodanya. Syabas YAB Datuk Seri Ismail Sabri. Moga Allah berikan kesembuhan sempurna buat Datuk Seri Presiden UMNO," katanya di Facebook beliau.

Asyraf Wajdi turut berkongsi gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.

Perdana Menteri berbual-bual dengan Presiden UMNO dan doktor di hospital swasta, di Shah Alam. - Gambar facebook
Perdana Menteri berbual-bual dengan Presiden UMNO dan doktor di hospital swasta, di Shah Alam. - Gambar Facebook

Terdahulu, kes Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi, ditangguhkan berikutan beliau perlu menjalani prosedur membabitkan kecederaan tulang belakang, pagi semalam.

Kes itu ditetapkan untuk hujahan lisan semalam, selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 19 Mac lalu.

Bagaimanapun, sebaik saja prosiding itu bermula, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak hadir kerana perlu menjalani rawatan intervensi sakit.

Katanya, Ahmad Zahid mengalami kecederaan itu akibat terjatuh dan berada dalam kesakitan sekiranya duduk terlalu lama.

End©Permadu

Disediakan oleh
Jamaliah Mohd Salleh
Wartawan Permadu Malaysia

Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
For further information:
e-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?