Najib dedah siapa Nazri Aziz sebenarnya

Mudah tukar pendirian

Najib Razak berkata, rakyat patut membaca kenyataan lama Nazri Aziz berhubung kerajaan PN.

Bekas presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas kata-kata pedas dilemparkan Datuk Seri Nazri Aziz terhadapnya berhubung pendirian parti mengenai kerajaan Perikatan Nasional (PN), dengan berkata rakyat patut membuat penilaian berdasarkan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Rengas itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Menurut laporan FMT, Najib berkata, Nazri pada Januari lalu mengumumkan menarik balik sokongan kepada PN dan mendakwa Muhyiddin Yassin telah kehilangan sokongan majoriti.

Bagaimanapun, tahun lalu, Nazri dilaporkan berkata beliau tidak pernah menyokong PN dan “memang penyokong Muafakat Nasional”, iaitu gabungan antara UMNO dan PAS yang turut menjemput penyertaan Bersatu.

Katanya, pada September 2018, Nazri secara terbuka menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim yang bertanding untuk pilihan raya kecil Port Dickson, malah berkempen untuknya.

Setahun kemudian, Nazri mengulangi sokongan untuk Anwar, tetapi turut berkata akan terus kekal dalam UMNO.

Najib mendapati Nazri pada Mac 2019 berkata, PAS dan UMNO patut bekerjasama dan memohon maaf kerana menolak PAS sebelum itu.

Setahun sebelumnya, Najib berkata, Nazri menyatakan beliau lebih suka UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP berbanding PAS.

“Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya,” Najib memberitahu portal berpengaruh itu ketika diminta mengulas laporan memetik Nazri sebagai melabelkan beberapa Ahli Parlimen sebagai pembohong yang didakwanya mengingkari janji mereka untuk menyokong PN.

Najib sebelum ini mempersoalkan dakwan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong PN.

Nazri dipetik The Vibes sebagai berkata: “Tolong hantar mesej saya kepada Najib. 40 Ahli Parlimen yang bertemu hari itu, kami berbincang dan bersetuju, kami tidak kisah menyokong PN, walaupun tidak menyokong Muhyiddin.”

Nazri dipetik portal itu menggunakan perkataan “you bloody liars” dan merujuk Najib sebagai “that b******”, dengan berkata Najib bersuara dalam pertemuan itu, begitu juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

“Sekarang, dia (Najib) berpusing dan bersenda, dengan berkata hanya 31 Ahli Parlimen menyokong PN. Itu sebab dia berbohong,” katanya dipetik portal itu.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, pertelingkahan dalaman memang telah dijangka akan berlaku dan bahasa kasar yang digunakan Nazri menunjukkan beliau menggunakan pendekatan “bumi hangus”.

“Mereka mendedahkan diri yang sebenarnya kepada orang ramai, yang harus mengambil perhatian dan mengingatinya. Seperti kata pepatah Melayu ‘biar putih tulang, jangan putih mata’,” katanya.

UMNO baru-baru ini menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan mengulangi gesaan untuk Muhyiddin berundur selepas beliau dikatakan hilang sokongan majoriti.

Muhyiddin bagaimanapun bertegas beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

End©Permadu

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 

E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 


E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
At the time of advertising, USD1=MYR4.25
TRANSACTIONS IN USD OR MYR
For further information:
E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?