Syarikat didenda RM35,000 kerana ragut nyawa pekerja, tempat kerja tak selamat

Dua pekerja warga Myanmar maut

Syarikat Team Scaffolding & Insulation Sdn Bhd yang diwakili pengarahya, Lau Kiew Ling, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid. (Gambar Bernama)

Sebuah syarikat pemasangan perancah besi didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan dua pekerjanya maut akibat terjatuh dari ketinggian 38 meter, lapor FMT.

Syarikat Team Scaffolding & Insulation Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya, Lau Kiew Ling, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Menurut laporan Bernama, Norashima memerintahkan hukuman penjara enam bulan jika denda itu tidak dibayar.

Majikan itu didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dengan perancah yang dipasang di tingkat enam dalam ‘calciner kiln 3’ mengikut reka bentuk yang selamat.

Akibatnya, dua pekerja warga Myanmar, Nay Lin, 25, dan Maung Maung Win, 32, maut selepas jatuh dari tempat tinggi di Tasek Corporation Berhad, Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate pada 12 tengah hari 5 Oktober, 2020.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 19 akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak Hasan Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, kedua-dua mangsa bersama tiga pekerja lain ditugaskan untuk melakukan kerja rombakan perancah di tingkat enam ‘calciner kiln 3’.

Dalam proses kerja merombak perancah berkenaan, mangsa memotong dawai pengikat ‘metal deck’ dan secara tiba-tiba perancah di dalam ‘calciner’ berkenaan condong ke arah Maung Win mengakibatkan dia dan Nay Lin jatuh ke tingkat satu berketinggian kira-kira 38 meter bersama ‘metal deck’ yang dipotong dawai pengikat.

Siasatan lanjut mendapati punca kemalangan disebabkan struktur perancah yang dipasang di dalam ‘calciner’, tingkat enam di ‘kiln 3’ tidak kukuh dan stabil disebabkan tiada lukisan reka bentuk diadakan bagi tujuan pemasangan perancah di dalam ‘calciner’ terbabit.

Hasil siasatan juga mendapati pemasangan perancah pada 3 Oktober, 2020 dijalankan tanpa penyeliaan terus daripada pengendali perancah yang berdaftar.

Pada 5 Oktober tahun lepas, media melaporkan dua pekerja warga Myanmar maut selepas terjatuh ketika membuka perancah yang dipasang di bahagian dalam ruang ‘calciner’ sebuah kilang simen di Ipoh. End©Permadu

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic 

 Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 
Peluang menjana pendapatan secara konsisten. Pelaburan dari serendah RM230 sehingga RM77,850 sahaja. 
Anggaran Dividen/Keuntungan adalah 1.5% sehari, atau 45% sebulan, atau 500% setahun. Wang pelaburan dan dividen/keuntungan boleh dikeluarkan seminggu sekali. Dividen/Keuntungan adalah terjamin kerana pelaburan anda diinsurans. 
PERMADU hanya berperanan sebagai agen. Oleh itu, kami tidak mengutip atau menerima wang pelaburan anda. Semua transaksi adalah secara terus antara pelabur dan pengurus dana yang berpejabat di Seoul, Korea Selatan. 
Untuk maklumat lanjut:
E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu

Ad©Permadu IKLAN   • T E R B U K T I   B E N A R 

E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 


E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 

Ad©Permadu   Advertisement • PROVEN GENUINE 
Investment that provides you steady income. Investment from as low as USD50 (RM230) to USD18,000 (RM77,850) only.
Estimated Dividend/Profit is 1.5% daily, 
45% monthly or 500% yearly. 
Weekly Dividend/Profit withdrawal if you wish to do so. Dividend/Profit is guaranteed as your investment is insured, subject to terms and conditions.
PERMADU does not collect or accept your cash investment. All transactions are directly between investors and the investment company headquartered in Seoul, South Korea.
OPEN TO ALL INTERESTED INVESTORS WORLDWIDE
At the time of advertising, USD1=MYR4.25
TRANSACTIONS IN USD OR MYR
For further information:
E-mail  permadu@gmail.com
WhatsApp Permadu +6011 1185 9874 Ad©Permadu 

Comments

  1. Patutnya MAJIKAN ni diPENJARAkan juga!! BAYAQ juga PAMPASAN pd. KELUARGA Pekerja2 ni!! $35,000 shj. - utk. 2 NYAWA PEKERJA?!! Dahlah KEMALANGAN2 INDUSTRI makin MENINGKAT!!

    Sistem KEHAKIMAN ni mmg. dah diJAHANAMkan bawah rejim2 PEROMPAK/PEMBUNUH HOMO Zionis NAZI PH/PKR-DAP-BERSATU ni & KETUA HAKIM NEGARA Penipu depa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk., adakah MENTERI Pariah Kem. Sumber Manusia paling RASIS & FASIS tu PEDULI - bila ramai MANGSA2 Kemalangan Industri, yg. makin MENINGKAT - dr. UMAT ISLAM kita, samada RAKYAT kita atau WARGA ASING?

      Adakah MANGSA2 & KELUARGA2 mereka ini mendpt. KEADILAN & PAMPASAN sepatutnya, serta MAJIKAN2 rasis, tamak & rakus, diPENJARAkan?!!

      Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/12/04/pekerja-bangladesh-maut-dihempap-tiang-cerucuk/

      Delete
  2. KEJAMnya! Lagi 2 pekerja ISLAM/MELAYU kita TERBUNUH dlm. KEMALANGAN INDUSTRI amat NGERI! Adakah MANGSA2 dan KELUARGA2 MANGSA ini akan dpt. PEMBELAAN, KEADILAN dan PAMPASAN, serta MAJIKAN2 diHUKUM?!

    Ingat lagi kes KEBAKARAN KIMIA yg. MENGORBANkan dgn. amat KEJAM akan 5 PEKERJA Pribumi Islam/Melayu kita di RAPID PENGERANG dan dlm. bnyk. lagi KEMALANGAN2 INDUSTRI?!! Terus SENYAP kes2 ni, bila MANGSA2 dr. bangsa Islam/Melayu kita!!

    Apa KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA tak guna tu buat?!!

    Lihat di - https://www.hmetro.com.my/utama/2020/08/609011/dua-terkorban-pasang-kabel

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?