Kegilaan misteri di Jalan Bellamy

 Di tengah Malaysia bergelut dan hampir tewas dengan pandemik Covid-19


Sekumpulan ahli parlimen sedang ghairah bermain dan mencatur politik

INI ada berita terbaharu dari sepasukan wartawan Malaysiakini yang menjejaki gelagat berpolitik terlampau sekumpulan ahli politik lewat malam tadi.

Ada pertemuan luar daripada kebiasaan di kalangan pemimpin tertinggi kerajaan di Kuala Lumpur malam tadi, menjelang pertembungan antara UMNO dan Perikatan Nasional (PN) yang dijangka berlaku minggu depan.

Pertemuan itu berlaku di sebuah banglo dekat Jalan Bellamy - sebuah kawasan hijau yang sunyi, dipenuhi bangunan milik kerajaan dan berdekatan Istana Negara lama.

Sejumlah kereta mewah, kebanyakannya Toyota Vellfire - antara kegemaran elit politik, dilihat dalam kawasan bangunan tersebut.

Dua kereta rasmi yang digunakan timbalan menteri juga dilihat di situ.

Pasukan wartawan berkenaan mengenal pasti sekurang-kurangnya seorang timbalan menteri, seorang menteri dan seorang ahli Parlimen yang juga ketua GLC di situ.

Ketiga-tiganya dipercayai ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kehadiran media tidak dialu-alukan semalam. Seorang pengiring polis kemudian memberitahu pemberita untuk beredar.

Pertemuan ini dipercayai sebagai respons kepada spekulasi yang Zahid merancang untuk menarik balik sokongan UMNO daripada PN minggu depan.

Permainan angka

Zahid diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh perwakilan perhimpunan agung UMNO - badan membuat keputusan tertinggi dalam parti - pada Mac lalu.

Sejumlah sumber memberitahu Malaysiakini yang Zahid mendapat sokongan majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) dan kini dalam usaha mendapatkan komitmen bertulis daripada ahli Parlimen UMNO.

"Sebab rasmi" untuk menarik sokongan itu adalah keengganan PN mematuhi kata dua UMNO - dengan tempoh 14 hari dan tamat Isnin ini - agar mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen kembali bersidang "secepat mungkin".

Ahmad Jazlan Yaakub

UMNO memiliki 38 ahli Parlimen. Kini hanya dua orang, iaitu Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), yang tidak lagi menyokong Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, yang lebih dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini bermakna di atas kertas Muhyiddin memiliki sokongan 113 ahli Parlimen. Memandangkan dua kerusi kini kosong, dia hanya memerlukan 111 undi untuk meluluskan sebarang usul apabila Parlimen kembali bersidang.

Sumber membayangkan kira-kira 24 ahli Parlimen UMNO - termasuk menteri dan timbalan menteri - ada dalam pertemuan semalam.

Siapa ketua?

Sementara identiti mereka tidak jelas sepenuhnya, perkembangan mutakhir membayangkan dua tokoh UMNO memainkan peranan sebagai "ketua tidak rasmi".

Pada 23 Jun lalu, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) mendakwa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong) mendapat sokongan 25 ahli Parlimen BN untuk menjadi wakil mereka bagi menghadap Agong.

Ini bermakna sekurang-kurangnya 21 ahli Parlimen UMNO menyokong Hishammuddin yang juga bendahari BN, pada masa sama mengetepikan Zahid yang merupakan pengerusi gabungan itu.

Hishammuddin tidak menafikan dia mewakili 25 ahli Parlimen tersebut.

Satu lagi suara tidak rasmi yang bertentangan dengan Zahid adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, naib presiden UMNO. Pada 22 Jun, dia menjarakkan diri daripada kata dua yang dikeluarkan MKT.

Sehari kemudian, dia dikaitkan dengan satu kenyataan yang mendakwa "semua ahli Parlimen BN" tidak akan menyokong usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Pasukannya kemudian menarik balik kenyataan itu. Satu kenyataan baru dikeluarkan dengan kandungan hampir serupa, tetapi mensabitkan "semua ahli Parlimen BN".

Hishammuddin dan Ismail adalah dua daripada tujuh menteri UMNO. Dipercayai tiada seorang pun di kalangan mereka bersekutu dengan Zahid.

Tambahan pula, dipercayai pertemuan semalam berlaku di banglo milik kerajaan dan dapat diakses oleh seorang menteri kabinet. 

End©Permadu




Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

ARTIKEL INI DITERBITKAN DENGAN IZIN 
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?