Skip to main content

Din Search pertimbang saman Amy Search dan isteri

Din dakwa Amy dan isteri memburuk-burukkannya kepada orang luar

Noordin Mohd Taib, juga dikenali sebagai Din Search (anak kepada komposer veteran Allahyarham Taib Osman, pencipta lagu popular 'Rindu Bayangan' nyanyian J.Jay/Carefree)

Harian Metro melaporkan pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib menyifatkan konflik yang melanda Search ketika ini adalah isu sama yang berulang, namun ia adalah yang paling teruk sejak dia menyertai kumpulan rock nombor satu itu pada 1984.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya nampak banyak benda yang tak terurus dalam Search. Jika sesebuah band (kumpulan rock) diurus oleh anggota kumpulan itu sendiri, maka akan wujud perkara seperti kepentingan peribadi.

Kumpulan Search




"Lebih-lebih lagi jika ada orang luar yang tak tahu apa-apa masuk campur. Jadi, dia akan jadi bercelaru macam inilah," katanya dalam sidang media secara maya, semalam.

Ia turut disertai pengurus Home Of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin dan peguam mereka, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dan Noorizwa Jurish dari Tetuan Sharif Ridzuan & Co.

Sidang media berkenaan diadakan bagi menjawab dakwaan bekas penyanyi Search, Amy; pemain bass, Nasir dan waris pemain dram, Allahyarham Yazit mengenai isu penggunaan nama Search untuk tujuan perniagaan dan komersial tanpa kebenaran.


Tonton video 📸 :


Search perlu lantik pengurus

Noordin berkata, Search mula terumbang-ambing selepas pengurus mereka, Datuk Aziz Bakar meletak jawatan.

"Dari dulu saya pernah cakap, kenapa kita tak ambil pengurus? Search adalah nama besar dan ia perlukan pengurusan yang bagus, bukan seperti pengurusan sekarang. Bayangkan satu kapal ada dua kapten? Itulah yang berlaku dalam Search sekarang," katanya.

Noordin berkata, dalam sidang media baru-baru ini Amy mendakwa dia meninggalkan Search tahun lalu selepas berlaku perselisihan faham dengan Nasir.

"Kenapa nak babitkan saya? Selesaikanlah masalah berdua dan jangan babitkan orang lain," katanya.

Noordin yang rapat dengan HOC turut dituduh memandai-mandai merancang sesuatu tanpa persetujuan Nasir.

"Saya merancang apa? Cuba jelaskan. Selama ini siapa yang merancang? Saya bukan nak memandai-mandai seperti yang didakwa Nasir. Saya nampak benda yang tak betul, jadi saya cuba betulkan, bukan nak memandai-mandai. Saya buat semua ini sebab nak jaga hak masing-masing.

" Dah 40 tahun baru nak cerita mengenai hak dan harta intelek? Kami dah 40 tahun seperti keluarga, tak perlulah nak bergaduh. Amy cakap macam ni, Nasir cakap begitu. Kami sudah seperti keluarga, takkanlah saya nak ambil semua," katanya.

Amy dan isteri, Norhasniza Hassan



 

Sementara itu, Noordin mendakwa isteri Amy, Norhasniza Hassan, juga dikenali sebagai Nourish turut melakukan serangan peribadi terhadapnya.

"Saya tak kisah kalau dia cerita dengan orang-orang yang mengenali saya, tetapi kenapa perlu cerita dengan orang luar? Kenapa dia sendiri tak cakap dengan saya? Saya nak cakap dengan Amy dan Nourish. Dia siapa? Kami tak pernah lantik dia sebagai pengurus Search pun," katanya.

Noordin berkata, dia akan berbincang dengan pihak peguam dan mungkin akan mengambil tindakan kerana perkara itu memalukannya.




Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar