Berjubah dan kopiah, Azmin cuci lantai Masjidil Haram

 Ada syahdu

di wajah

Azmin Ali

JIKA kita boleh mengkagumi Ebit Lew yang banyak beramal kebajikan, Steven Sim yang menghadiahkan motorsikal kepada penghantar makanan Foodpanda, Uncle Kentang dan rakan-rakan yang menyediakan kereta jenazah percuma; dan ramai lagi yang melakukan amalan terpuji, inilah masanya kita merasa sebak dan kagum apabila melihat menteri kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuci lantai masjid terulung, Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah.

Allah sayang TMJ, Allah sayang Azmin, Allah sayang Mahiaddin, Allah sayang Mahathir, Allah sayang Anwar, Allah sayang Hadi, Allah sayang Steven Sim, Allah sayang Uncle Kentang, Allah sayang Ustaz Kazim...

Allah sayang kita semua.

Dalam perkembangan berkaitan, FMT melaporkan gambar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencuci lantai Masjidil Haram di Mekah mendapat pujian di luar negara, namun lain reaksinya dari ahli keluarga beliau.

Rombongan Arab Saudi memberi tepukan apabila melihat gambar itu dibentangkan pada dialog melibatkan dua negara itu di Jeddah, kata Duta Malaysia ke Arab Saudi, Abdul Razak Abdul Wahab.

Beliau berkata, gambar yang tular sejak dua hari lalu menjadi tumpuan dalam mesyuarat delegasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan dua kementerian kerajaan Arab Saudi.

“Gambar itu menjadi slaid pertama dalam pembentangan Kementerian Industri dan Sumber Galian Arab Saudi, yang disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan,” kata beliau kepada kepada Berita Harian.

Bagaimanapun di tanah air, adik Azmin, iaitu Ummi Hafilda, mempersoalkan keikhlasan abangnya itu memuat naik gambar itu.

“Sedangkan kamu menteri paling kanan, bukan pencuci lantai. Itu belum lagi bab ekonomi hancus hancai. Ramai pelabur besar lari ke Jakarta. Apa cerita?

“(Pergi) bersihkan kubur arwah mak, tu lagi bagus. Lagi afdal. Cukup-cukuplah berlakon berpuluh tahun,” kata Ummi di Facebook.

Dua beradik itu dilaporkan berseteru sekian lama.

Kelmarin, Azmin yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan negara ke Arab Saudi, memuat naik gambarnya membantu petugas Masjidil Haram mencuci lantai masjid suci itu yang dipenuhi air susulan hujan lebat selama beberapa jam.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023