Annuar Musa dan Nora sama-sama nafi sudah bernikah



MENTERI Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya dia telah berkahwin dengan seorang penyanyi tanah air, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya, lapor Bernama.

Annuar turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.

"Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga.

“Setahu saya (penyanyi berkenaan) daripada keluarga yang cukup terhormat, saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain," kata menteri yang tidak berimej playboy itu kepada pemberita selepas melawat tapak binaan blok tambahan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Kuala Lumpur semalam.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh, Kelantan berkata setakat ini dia tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut sebaliknya meminta pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan bermuhasabah.

"Walau bagaimanapun, saya doakan orang tersebut (penyebar) mengambil iktibar bulan Ramadan ini kurangkanlah perkara mungkar, saya tak nak marah-marah, elok sabar sajalah, " katanya.

Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Annuar, 65, dan penyanyi Nora Ariffin, 48, sudah bernikah sebagai isteri kedua, namun penyanyi berkenaan telah menafikan khabar angin tersebut.

Sebelum itu, Astro Awani melaporkan penyanyi Nora yang berstatus balu itu, turut membuat penafian.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Di sebalik misteri kehilangan Anita Sarawak

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Janganlah jealous lelaki Rohingya dapat awek Melayu cun💝

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Azam Baki Berpotensi Menjadi Salah Satu Punca Kejatuhan Anwar

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023