Menantu Muhyiddin dapat projek RM1.16 bilion?

Kalau dakwaan Puad Zarkashi betul, Muhyiddin memang rakus

PEMIMPIN UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mempersoalkan isu menantu perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menerima projek bernilai RM1.16 bilion. 

Menurutnya, ia menjadi kontroversi dan integriti kerajaan PN dipersoalkan.

"Syarikat IRIS umum di Bursa Malaysia, mereka sudah dapat surat anugerah atau letter of award (LOA) projek NIIS Jabatan Imigresen bernilai RM1.16 Bilion. Surat LOA dari KDN itu bertarikh 29.1.2021. Ini tidak boleh dinafikan.

"Menantu lelaki PM, Datuk Adlan Berhan adalah rakan kongsi IRIS. Manakala anak lelaki Vincent Tan adalah pemilik majoriti saham IRIS," katanya menerusi kiriman WhatsApp terus atas nama Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Dengan nada kurang berpuas hati, beliau mengemukakan empat soalan kepada Muhyiddin:

Pertama, Puad ingin tahu apakah benar menantu PM merupakan pemilik majoriti saham S5 System.

Kedua, apakah benar S5 System adalah rakan kongsi IRIS. Puad mendakwa IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak itu dan S5 adalah pemain utamanya.

Ketiga, benarkah anak Vincent Tan sebagai pemegang majoriti saham IRIS membeli saham tersebut selepas PRU ke 14.

Dan yang keempat, Puad menzahirkan kebimbangan terhadap kewajaran Muhyiddin meluluskan projek mega NIIS tersebut secara tergesa gesa di musim darurat ini.

Projek National Integrated Information System (NIIS) Jabatan Imigresen akan menggantikan sistem sedia ada iaitu Malaysian Immigration System (myIMMS). Ia akan dipasang di semua pintu masuk negara seperti lapangan terbang, kata Puad.

Mohd Puad Zarkashi menegaskan empat soalan itu ditujukan kepada Muhyiddin kerana dia adalah perdana menteri. 

Tambahan pula, menantu Muhyiddin terlibat yang mana secara tidak langsung memperlihatkan ada unsur salah guna kuasa.

Menurut semakan Puad lagi, pada 11 Disember 2018, Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri (KDN) kerajaan PH telah membatalkan kontrak yang sudah diberi kepada Prestariang pada Ogos 2017. 

"Kemudian, Muhyiddin meminta proposal baru “request for proposal” (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida.

"Sebab itu Muhyiddin kena jawab. Jangan membisu. Jangan autokratik. Jangan guna darurat serta gantung Parlimen sebagai muslihat untuk buat perkara lain.

"Banyak yang rakyat mahu tahu termasuk tindakan saman oleh Prestariang yang  menuntut ganti rugi sebanyak RM732 Juta. SPRM mesti berani menyiasat.

"Amat mendukacitakan di musim darurat ini macam macam lulus. Buat 3 dewan di Parlimen Pagoh sampai RM35 .4 juta. Kini menantu pula adalah orang berkepentingan dalam projek yang bernilai RM1.16 bilion," katanya.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com


Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain

Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?