Masa depan Melayu Islam Singapura nampak lebih terjamin, berbanding Malaysia🌹🌺

 Ku telan biarpun pahit


SIAPA kata Malaysia tak bagus?

Sebenarnya Malaysia adalah antara negara bermajoriti penduduk Islam terbaik di dunia. Mengamalkan toleransi, saling menghormati, harmoni dan berkembang membangun bersama masyarakat bukan Islam.

Apa sahaja aspek yang dikupas, akhirnya kita tidak dapat lari dari persoalan ekonomi dalam menentukan kesejahteraan rakyat menyeluruh sesebuah negara. Dapat cari rezeki, cukup makan minum, ada rumah, ada kereta, ada duit untuk pendidikan anak-anak, ada simpanan untuk kesihatan dan masa kecemasan, ada duit untuk bersedekah, boleh beribadah dengan aman, boleh bawa keluarga melancong dan macam-macam lagilah.

Tak kiralah. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Dayak dan sebagainya. Kami semua rakyat biasa pada dasarnya tiada masalah pun untuk berganding bahu, hidup aman damai, tolong menolong selagi semua boleh cari makan dengan selesa.

Ada duit semua boleh jadi

Ada duit semua boleh jadi, kata kartunis terkenal, Allahyarham Rejabhad dalam majalah Gila-Gila yang sangat popular di era 80an.

Politik basi

Yang mencetuskan masalah di Malaysia ini tak lain tak bukan ialah orang politik. Samada di pihak pemerintah atau pembangkang atau atas pagar, kelihatan hampir semua dua kali lima. Setiap gelagat mereka memberi kesan kepada kehidupan rakyat biasa.

Memperbodohkan rakyat memang sudah kira perkara biasa.

Agamawan dan agamawati

Ini termasuk golongan agamawan dan agamawati berpolitik. Maka mereka pun jadi orang politik. Menjadikan agama sebagai asas perjuangan mereka memang baik kecuali agama versi mereka sendiri yang menjurus kepada kepentingan politik dan peribadi masing-masing.

Kalau boleh semua hal hendak dipolitikkan.

Golongan agamawan dan agamawati pula banyak menumpukan isu minum arak, daging babi, perempuan berpakaian seksi dan terkini macam trending berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya tak kata tak baik. Memang baik semuanya baik. Tidak perlu dipertikaikan.

Nilai integriti

Cuma mungkin ada satu aspek yang agamawan dan agamawati terlepas pandang, atau kurang beri fokus, iaitu soal integriti umat Islam dari bawah sampailah yang paling atas sekali.

Budaya rasuah dan salah guna kuasa

Di Malaysia sekarang salah guna kuasa dan rasuah sudah jadi macam budaya yang memerlukan kepakaran para agamawan dan agamawati mendakwahkannya secara serius dan fokus terhadap isu ini dengan agresif sehingga berjaya.

Berilah kesedaran kepada orang ramai bahawa tidak berintegriti dan pelaku rasuah dan salah guna kuasa adalah perbuatan yang sangat besar dosanya.

Cuma agamawan dan agamawati perlu pastikan mereka juga berintegriti. Jangan mereka pula jenis kaki bodek dan berciri pendakwah cari makan.

Yang di-Pertuan Agong semasa dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pernah berpesan lebih kurang maksudnya kalau baginda lari atau melencong dari memerintah mengikut tuntutan Islam, jangan ikut baginda. Itu pesanan baginda sendiri. Bukan pesanan orang lain.

Jadi kalau ada yang tak kena tegur dan bertindak. Saya tak kata ada. Dan saya juga tak kata tiada. Saya tak tahu. Bagi mereka yang tahu jangan buat tak tahu pula. Itu dah bersubahat.

Integriti adalah tuntutan asas ajaran agama. Perkara-perkara lain akan lancar dilaksana dengan adanya nilai integriti yang tinggi. Semuanya bermula dengan integriti.

Kelemahan serius negara-negara Islam seluruh dunia

Inilah kelemahan serius yang sedang dihadapi hampir semua negara Islam. Tiada integriti. Kuat menipu dan menyeleweng. Negara bukan Islam pula mempunyai nilai integriti yang lebih tinggi. Sedangkan integriti adalah satu nilai yang dituntut oleh agama. Penting dan tiada kompromi.

Harmoni

Orang Melayu Islam tiada sebab nak bermusuh dengan orang bukan Islam. Matlamat kita sama nak cari makan dan hidup aman damai dan selesa. Nak selamat di dunia dan akhirat.

Semuanya bermula dengan integriti.

Apa guna berselawat dengan suara mendayu-dayu tapi kaki songlap.

Apa kaitan dengan Melayu Islam Singapura pula? Saya rasa mereka bernasib baik, salah satunya hasil didikan bapa kemerdekaan negara itu Lee Kuan Yew. Walaupun Lee Kuan Yew bukan penganut agama Islam, tetapi kepimpinan dan pentadbiran beliau banyak menjurus kepada tuntutan ajaran Islam.

Melayu Islam Singapura bernasib baik

Jadi dalam konteks ini, saya merasa orang Melayu Islam di sana, sebuah negara kaya-raya tanpa hasil mahsul semulajadi, bernasib baik kerana mempunyai peluang yang saksama dan adil untuk bersaing, berusaha dan berjaya dalam kehidupan.

Pentadbiran agama Islam juga baik. Ada 69 buah masjid lagi yang diurus dengan baik.

Sistem pendidikan mereka juga jauh lebih baik berbanding Malaysia. Itu hakikat yang perlu diakui dengan jujur.

Jadi, Melayu Islam juga bernasib baik kerana mendapat pendidikan dari sistem yang baik.

Pendidikan di Malaysia

Di Malaysia pula, menteri pelajaran, bertukar nama kepada menteri pendidikan, kemudiannya ditukar semula dengan nama menteri pelajaran, kemudian lagi bertukar kepada menteri pendidikan semula. Berapa kali nak tukar signboard ya.

Pendidikan pula dipecahkan kepada dua. Satu kementerian pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah. Satu lagi kementerian pendidikan tinggi. Tak lama lagi mungkin ada satu lagi pecahan iaitu kementerian pendidikan vokasional.

Jadi lebih ramai orang politik boleh jadi menteri dan timbalan menteri. Atau jadi duta pendidikan bertaraf menteri.  

Menteri pelajaran atau pendidikan silih-berganti dengan masing-masing memperkenalkan beraneka kurikulum baru, tagline baru, sistem baru, pendekatan baru, pengkaedahan baru dan semuanya serba baharu.

Selalu sangat kita dengar menteri baru dilantik membuat kenyataan sistem pendidikan perlu overhaul. Hasilnya sampai sekarang? Itu tuan-tuan dan puan-puan boleh nilai sendiri.

Antara hasilnya, institusi pengajian tinggi awam menyaksikan aktiviti perbomohan dan sihir menghiasi persada menara gading. Jangan marah ya.

Terima hakikat

Kita perlu terima hakikat bahawa pengurusan dan pentadbiran negara Singapura lebih baik dari kita.

Janganlah kita cuba menegakkan benang basah dengan memberi alasan dia kecil senang nak kontrol, orang Melayu kena tindas, orang Islam masuk Kristian dan sebagainya.

Integriti

Seperti dikatakan tadi, semuanya bermula dengan integriti.

Pandemik Covid-19

Tengok contoh bagaimana mereka menguruskan pandemik Covid-19.

Singapura juga ada kelemahan

Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna yang Singapura itu perfect dan terlalu bagus sangat. Mereka pun ada kelemahan dan kekurangan.

Nak kata Singapura tiada rasuah semua sekali pun susah nak cakap.

Menurut dapatan para pengkritik di negara berkenaan, kebanyakan bisnes besar dikawal keluarga dan kroni Lee Kuan Yew.

Temasek Holdings pula. Kalau di Malaysia macam Khazanah Nasional, atau sekurang-kurangnya macam 1MDB. CEO Temasek Holdings isteri Perdana Menteri negara itu! Ho Ching isteri Lee Hsien Loong.

Kalau di Malaysia, cuba bayangkan, Datin Seri Rosmah Mansor isteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jadi pengerusi atau CEO Khazanah Nasional, saya rasa ramai yang melompat kemarahan. Ini cerita kalau Najib masih PMlah.

Kerana kita hanya melihat kenegatifan Rosmah. Terus kita tak nampak langsung kepositifannya dari segi kemampuan, kewibawaan, kepintaran dan kebijaksanaan.

Di Singapura lain pula ceritanya. Isteri PM boleh jadi boss Khazanah Nasional. Oops 😬. Maksud saya Temasek Holdings.

Lepas itu ada pula undang-undang yang membenarkan jumlah gaji isteri PM Singapura dirahsiakan. Bila dah rahsia ramailah yang cuba menjawab teka-teki. 

Menurut laporan sebuah agensi berita yang berpengkalan di Taiwan pada April tahun lepas, hasil risikan mereka mendapati dan menganggarkan gaji Ho Ching isteri Lee Hsien Loong sebagai boss, pengarah eksekutif dan ketua pegawai eksekutif Temasek Holdings sebanyak S$99 juta (lebih kurang RM300 juta kiraan matawang Malaysia) setahun. Atau lebih S$300,000 (hampir RM1 juta) sehari! Wow😲!

Kalau gaji boss Takaful Malaysia milik Tabung Haji sebanyak RM30,000 sehari orang dah menjerit, inikan pula... satu juta.

Rakyat dilayan macam budak sekolah

Seperkara lagi, rakyat dewasa republik itu dilihat dilayan seperti budak sekolah oleh pemerintah. Semua kena ikut peraturan. Sangat didisiplinkan.

Seorang pelancong Eropah yang saya temui di KLIA menyifatkan Singapura sebagai village-style modernization. Jika diterjemah ke Bahasa Melayu, maknanya lebih kurang moden kampunglah.

Seorang pensyarah wanita dari Sweden pula memberitahu saya jangan cakap tiada rasuah di negaranya walaupun Sweden antara negara menduduki ranking tinggi negara tanpa rasuah dunia.

Cuma, katanya, rasuah dan salah guna kuasa pihak atasan Sweden dilakukan dengan cara mengikut undang-undang meskipun kurang bermoral. Hai.. rasuah pun boleh ikut undang-undang ya. Aneh juga bunyinya. Mungkin macam Singapura juga. Mungkin saja.

Sebab itu, definisi rasuah sangat bergantung kepada bagaimana sesebuah negara mentakrif dan mengklasifikasi rasuah dan salah guna kuasa itu sendiri.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, penulis berpendapat Melayu Islam Singapura mempunyai masa depan yang lebih terjamin berdasarkan beberapa faktor.

Pertama, sistem pendidikan yang baik dan dinamik. Kedua, sistem tanpa keistimewaan mana-mana kaum, membolehkan mereka memiliki daya untuk bersaing yang lebih tinggi. Ketiga, pemupukan budaya berdisiplin di kalangan rakyat membolehkan Melayu Islam di sana berciri modal insan berkepatuhan. Keempat, penguasa dan pentadbiran agama Islam yang sistematik dan profesional. Kelima, keterbiasaan dengan cara, gaya dan budaya hidup masyarakat majmuk republik itu. Dan keenam dan terakhir, pentadbiran pemerintahan Singapura yang menjurus kepada tuntutan ajaran Islam, walaupun negara atas pulau itu dipimpin majoritinya oleh para pemimpin bukan Islam.

Faktor tanpa nombor, presiden Singapura sekarang seorang Melayu Islam!

Semua faktor di atas diasaskan nilai integriti yang tinggi. Tanpa integriti, semuanya sukar menjadi kenyataan.

Sebagai penutup, sama-sama kita saksikan petikan ucapan perdana menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam Bahasa Melayu.

Selamat menonton.



Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com


Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain

Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

  1. Artikel BODOH!!

    Rejim2 PENGGANAS KRISTIAN Barat/ZIONIS Israel - asyik MENYERANG, MEROMPAK, MEMPERDAGANG ORGAN2 & MEMBUNUH berPULUH2 JUTA bangsa BUMIPUTERA Islam/Katholik di DUNIA MEMBANGUN & DUNIA ISLAM, spt. IRAQ, AFGHANISTAN, SYRIA, PALESTIN, MALI, LIBYA dsbnya, termsk. dgn. menubuhkan PENGGANAS KANIBAL Zionis IS/DAESH amat KEJAM ( spt. diDEDAHkan oleh Edward Snowden, bekas EJEN CIA/NSA) - tapi blog & artikel SAMPAH ni boleh memuja negara2 Bukan Islam sbg. berintegriti?!! PALA HOTAK LEMBU BANGKAI lu!!

    Dan bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu SINGAPURA lebih baik kehidupan depa - walau diHAPUSkan segala HAK/IDENTITI/SEHARAH/WARISAN depa sbg. ORANG ASAL, termsk. KPG2 TURUN-TEMURUN depa diHAPUSkan oleh rejim pro-ZIONIS ISrael, PAP NAZI Singapura?!! Kat BARAT pun, tak diperlakukan bangsa ORANG ASAL sana spt NATIVE AMETUCANS, CANADIAN FIRST NATION PEOPLES, NEW ZEALAND MAORIS & ABORIGINAL AUSTRALIANS!!

    JILAKA punya artikel pro-PH BANGKAI ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMBETULAN:

      Artikel BODOH!!

      Rejim2 PENGGANAS KRISTIAN Barat/ZIONIS Israel - asyik MENYERANG, MEROMPAK, MEMPERDAGANG ORGAN2 & MEMBUNUH berPULUH2 JUTA bangsa BUMIPUTERA Islam/Katholik di DUNIA MEMBANGUN & DUNIA ISLAM, spt. IRAQ, AFGHANISTAN, SYRIA, PALESTIN, MALI, LIBYA dsbnya, termsk. dgn. menubuhkan PENGGANAS KANIBAL Zionis IS/DAESH amat KEJAM ( spt. diDEDAHkan oleh Edward Snowden, bekas EJEN CIA/NSA) - tapi blog & artikel SAMPAH ni boleh memuja negara2 Bukan Islam sbg. berintegriti?!! PALA HOTAK LEMBU BANGKAI lu!!

      Dan kononnya, bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu SINGAPURA lebih baik kehidupan depa - walau diHAPUSkan segala HAK/IDENTITI/SEJARAH/WARISAN depa sbg. ORANG ASAL, termsk. KPG2 ISLAM/MELAYUTURUN-TEMURUN depa diHAPUSkan oleh rejim pro-ZIONIS ISrael, PAP NAZI Singapura?!! Kat BARAT pun, tak diperlakukan bangsa ORANG ASAL sana spt NATIVE AMERICANS, CANADIAN FIRST NATION PEOPLES, NEW ZEALAND MAORIS & ABORIGINAL AUSTRALIANS!!

      JILAKA punya artikel pro-PH BANGKAI ni!!

      Delete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah