SINGAPURA GANTUNG KEBENARAN RENTAS MALAYSIA

 

Singapura juga tangguh RGL dengan Jerman dan Korea Selatan

Malaysiakini melaporkan Singapura menangguhkan kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia di bawah inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) selepas negara ini mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Selain Malaysia, Kementerian Luar Negeri Singapura juga mengumumkan penangguhan RGL dengan Jerman dan Korea Selatan.

RGL merupakan inisiatif yang membolehkan perjalanan rentas sempadan dilakukan dengan langkah kawalan yang ketat.

Penangguhan ini berkuatkuasa pada 1 Februari dan akan berlangsung selama tiga bulan.

Bagaimanapun, mereka yang telah mendapat kebenaran untuk melakukan perjalanan di bawah RGL masih boleh melakukan rentas sempadan, kata kementerian itu.

Malaysia semalam merekodkan angka tertinggi kes jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 5,725.

Kedua-dua negara berjaya menangani wabak Covid-19 pada peringkat awal.

Namun penularan wabak di asrama pekerja di Singapura menyaksikan kes Covid-19 melonjak pada April tahun lalu.

Malaysia pula mengalami lonjakan tiga angka pada Mac tetapi berjaya mengawal penularan virus itu pada pertengahan Jun.

Bagaimanapun, Malaysia menghadapi gelombang ketiga Covid-19 yang merebak secara meluas selepas pilihan raya Sabah pada September.

Kes baru terus meningkat walaupun usaha dilakukan selama empat bulan bagi membendung virus tersebut.

Malaysia pada masa ini melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bakal berakhir 4 Februari ini.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir 
untuk Permadu Malaysia

● 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com


Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Dr Zafiyah Hussain

Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

OGY MASALAH KEWANGAN, TAKKAN BIG BOSS PN TAK BOLEH TOLONG KOT

WAAH.. PERMAISURI AGONG PANDU LORI TRELER?

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

BERI PELUANG LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI SAMPAI 2023

Syukri Razab Presiden Parti Bersama Malaysia

Who are the lion, tiger, fox and wolves in Malaysian politics?

Peranan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop disaran disiasat

It happens everywhere—Not only in our country