2021 TAHUN JAKIM BUBAR, ZETI BERHENTI, NAJIB LEPAS
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 2021 juga bakal menyaksikan sekurang-kurangnya satu peristiwa dramatik "Patutlah..." TAHUN 2021, akan menjelma sekejap lagi, yang dijangka mencabar dan mencipta suasana lebih sukar, getir lagi kritikal untuk negara dan rakyat jelata, tidak semestinya mesti disambut dengan ekspresi wajah bimbang, muram mahupun gundah gulana. Antara kejadian dijangka akan berlaku di tahun 2021 ini selain berakhirnya pandemik Covid-19 ialah terbubarnya JAKIM yang semakin dipertikaikan fungsinya. JAKIM, selain dilihat kehadirannya bertentangan dengan perlembagaan negara oleh orang-orang berkelayakan berpandangan sedemikian, JAKIM juga seolah-olah bertindak melebihi had bidang kuasa dalam konteks keagamaan apabila seumpama cuba jadi abang besar kepada pihak yang berhak memiliki bidang kuasa tersebut iaitu negeri-negeri dalam Malaysia, terkecuali wilayah-wilayah persekutuan. Dengan peruntukan RM1 bilion setahun, belum lagi yuran jual sticker Halal , keujudan JA