SHEILA MAJID PENGERUSI TEBUK ATAP?

Kemelut royalti muzik bagai ada persamaan dengan suasana politik Malaysia

Datuk Sheila Majid (Gambar Utusan)

DATUK SHEILA MAJID, penyanyi irama jazz yang sedang dilanda kontroversi di tengah krisis bayaran royalti muzik terkumpul dianggarkan berjumlah RM30 juta yang gagal diagihkan kepada mereka yang berhak, hari ini mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ucapan terima kasih di atas kesudian SPRM menyerbu empat pejabat iaitu Recording Performers Malaysia (RPM)Public Performance Malaysia (PPM)Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Salah satu pejabat yang diserbu SPRM adalah pejabat Sheila Majid sendiri selaku Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM)

Utusan yang melaporkan Sheila mengucapkan terima kasih kepada SPRM pada tajuknya, tidak pula menghuraikannya dalam berita tersebut.

Bagaimanapun, Utusan mempersoalkan pihak-pihak tertentu mengambil masa terlalu lama untuk menimbulkan isu ini untuk diselesaikan.

Sheila Majid kini sedang menghadapi tekanan dari ramai penyanyi diketuai presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang mendesak beliau supaya meletak jawatan pengerusi RPM.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez gesa Datuk Sheila Majid letak jawatan bagi memberi peluang kepada orang lain menjalankan tugas dengan baik. - Foto NSTP
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez (Gambar Berita Harian)

Desakan itu berasaskan kegagalan Sheila melaksanakan tanggungjawab dengan baik selama tujuh tahun memegang jawatan itu.

Sheila Majid juga gagal mengagihkan royalti kepada ahli-ahli RPM yang terdiri dari penyanyi dan peserta urusan rakaman muzik.

Dalam satu kenyataan semalam, Freddie Fernandez menarik perhatian umum bahawa Sheila Majid dilantik sebagai pengerusi RPM bukan melalui saluran demokratik iaitu pengundian ahli-ahli.

Sebaliknya, Sheila dipilih oleh pihak syarikat rakaman untuk memegang jawatan pengerusi RPM. Presiden Karyawan itu menyeru agar demokrasi dikembalikan kepada RPM dengan cara memberi hak kepada ahli-ahli RPM memilih sendiri seorang pengerusi yang lebih layak untuk organisasi itu.

Berdasarkan kenyataan presiden Karyawan Freddie Fernandez, Permadu Malaysia melihat Sheila Majid bagaikan seorang pengerusi tebuk atap atau melalui pintu belakang.

Ini menjadikan krisis royalti muzik yang sedang dihadapi Sheila Majid seolah-olah ada persamaan dengan suasana tidak menentu politik Malaysia yang sedang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.


oleh Fauzi Kadir untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Perunding Sidang Pengarang
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri