HANTARAN BERGAYA NAJIB RAZAK

Pandangan Najib wajar diberi perhatian

BEKAS perdana menteri Mohd Najib Abdul Razak, mahu Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib.

Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat tidak lama selepas pulang dari Turki.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO, MOHD NAJIB ABDUL RAZAK, ahli parlimen Pekan (Gambar ihsan FMT)

Kementerian Kesihatan kemudian mengenakan denda RM1,000 dan sejak itu juga beliau disiasat polis.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya di Facebook semalam.

“Jika kalah, masih boleh rayu.”

Najib menjelaskan beliau bukan hendak mengecam PAS, tetapi sedar rakyat amat tidak puas hati dengan perkara itu.

Dalam kenyataan sama, Najib turut menggesa kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersyarat (PKPDB) bagi mengekang kluster Meru di Klang, Selangor.

Gesaan itu antara 6 langkah yang beliau cadangkan untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini.

Antara yang dicadangkan juga, pihak berkuasa melarang pergerakan rentas negeri di Semenanjung bagi semua trafik bukan komersial selama 2 minggu.

“Nasihatkan rakyat tidak pulang ke kampung buat sementara waktu supaya tak berjangkit kepada orang tua,” tambahnya.

Majikan juga digalakkan supaya membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, dan begitu juga bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan jika tidak perlu berada di pejabat.

“Jika tak mahu tutup sekolah, arahkan semua sekolah untuk beri kelonggaran dan tidak menghukum murid yang tidak hadir sebab ibu bapa bimbang penularan Covid-19.

“Sediakan pelajaran tiap-tiap hari dalam talian atau dihantar melalui WhatsApp kepada ibu bapa jika cikgu boleh.”

Sementara itu, Najib juga menyeru pihak berkuasa tempatan membenarkan premis makanan membuka meja di kaki lima dan luar premis “sebab risiko penularan lebih rendah jika makan di luar”.

Khusus bagi Sabah, Najib mencadangkan moratorium bayaran pinjaman bank dilanjutkan “secara pukal” bagi seluruh negeri itu selagi ia masih bawah PKPD.

Najib juga sempat menyampaikan pesan kepada lawan politiknya, Lim Kit Siang dari DAP.

“Suruh Lim kecam menteri besar Selangor yang mohon maaf sebab langgar kuarantin,” katanya.


Seperti dilapor FMT

oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Konsultan Editorial
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Music PermaduMusic

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?