MELAYU MALAYSIA - Dari Pandangan Seorang Cendekiawan Melayu Singapura



SEPERTI diketahui, saya gemar memerhati perkembangan di Malaysia. Saya terpaksa mengakui bahawa akhir-akhir ini Malaysia sedang melalui kegagalan. Hampir setiap hari ada sahaja berlaku keadaan di mana bangsa dan agama disalahguna peranan dan pengertiannya. Jika ini terus berlaku, saya bimbang terhadap masa depan Malaysia.

Hari ini, sekolah-sekolah di Singapura merayakan Hari Harmoni Antara Kaum. Saya dapat melihat dengan jelas wajah riang kanak-kanak memakai pakaian tradisional etnik kaum masing-masing dan sama-sama bergembira di sekolah. Tetapi di Malaysia - hak memilih agama pun sudah menjadi sensitif, menjadi isu nasional. Tanpa ragu-ragu, ramai orang di Malaysia tidak suka dengan pandangan liberal saya mengenai Islam, termasuk di kalangan keluarga saya sendiri. Tetapi saya akan berkata bahawa saya mesti menyatakannya secara terbuka. Saya sudah sampai kepada kesimpulan bahawa Malaysia tidak akan maju dan berjaya lagi sebelum persoalan-persoalan fundamental mengenai identiti dan rohaniah di selesaikan.

Saya masih ingat masa-masa silam di mana kita boleh ketawa membaca kartun Lat tentang kehidupan harian orang Malaysia. Tetapi sedihnya, agama menyebabkan kita menjadi terpisah.

Ada juga orang bertanya mengapa saya patut menyibuk tentang hal dalam Malaysia sedangkan saya orang Singapura. Izinkan saya ingatkan orang Malaysia, (bekas menteri kewangan, mendiang) Tan Siew Sin pernah berkata Singapura dan Malaysia adalah Kembar Siam. Jika ekonomi Malaysia merudum - ia akan turut sama menjejaskan rantau ini dengan teruk. Terutama Singapura ..

Ke mana perginya golongan Melayu murtad jika Lina Joy kalah dalam kes belìau? Sudah tentu Singapura! Saya dapati Melayu Malaysia sangat kurang pendedahan. Bagi mereka, semuanya adalah Islam dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan semua di bawah matahari akan menyelesaikan segalanya dengan sendiri. Maaf cakap - Islam dan DEB mungkin menjadi penyebab kerosakan sikap dan pemikiran orang Melayu di Malaysia.

Tiada salahnya agama dan bertindak tegas. Tetapi seperti perkara lain juga, ia perlu dilakukan secara sederhana dan mengikut kesesuaian. Sedikit keraguan adalah baik. Malangnya, di Malaysia, emosi terhadap Islam mengatasi kewarasan dan kewajaran. Apa yang kita lihat hari ini adalah hasil dari DEB dan dasar-dasar Pengislaman selama 30 tahun atau lebih.

Tiada orang terhutang dengan Melayu Malaysia untuk hidup. Izinkan saya memberi jaminan kepada anda sekiranya Malaysia menjadi negara gagal, orang Melayu Malaysialah yang akan menderita paling teruk. Memang benar. Kerana mereka telah dimanjakan dengan berbagai bantuan selama bertahun-tahun.

Sekarang mereka sudah tidak boleh mengharapkan lagi lebih banyak bantuan. Mungkin menunggu masa sahaja. Ia semakin hampir. Apa pun, lebih baik Malaysia bangun menghadapi kenyataan hakikat yang berada di sekelilingnya. Dunia di abad 21 tidak menawarkan DEB kepada orang Melayu. Dan manusia tidak boleh bergantung hidup dengan agama semata-mata.

Dipetik dari sebuah artikel Bahasa Inggeris yang disiarkan blog OutSyed The Box hari ini, Rabu 23 September 2020, hasil tulisan Dr Syed Alwi dari Singapura.

Terjemahan
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

Permadu Malaysia berpandangan punca masalah sebenar bukanlah agama Islam dan  DEB.

Dari aspek keagamaan, ia lebih berpunca dari kegagalan pihak agamawan sendiri meletak prioriti, menghayati Al Quran dari perspektif yang lebih luas dan realistik. Malangnya, Islam telah disempitkan sebagai alat komersil dan agenda politik.

Islam itu sendiri adalah agama yang sempurna, menekankan kemajuan, integriti, kebersihan, keadilan dan segala nilai murni. Maksudnya, masalah sebenar bukanlah Islam, tetapi pelaksana Islam.

Mengenai DEB pula, ianya berobjektifkan membasmi kemiskinan. Malangnya, di peringkat pelaksanaan, DEB telah disalahguna menjadi batu loncatan mengaut kekayaan untuk golongan elit Melayu.

Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com

Penasihat dan Konsultan Editorial
Zafiyah Hussain



Kumpulan Permadu Media 
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV
Muzik PermaduMusic

Comments

  1. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:

    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola

    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    Whatsapp :: +1 (409) 213 4322 Or +1(386)628 3904

    Message FEMI OTEDOLA LOAN FIRM on WhatsApp. https://wa.me/message/U66T6MKSGDRCK1

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim