PENYANYI ROCK AWIE GEMUK SIKIT SEKARANG

Kegemaran memasak dan makan antara sebab badan Awie naik mendadak


Awie (tengah) bersama anggota Kumpulan Wings (Gambar dari Kosmo Online)


PENYANYI rock popular, Awie Wings mengakui dia takut melihat diri sendiri di dalam cermin selepas berat badannya naik mendadak sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, demikian menurut laporan berita hiburan dari Kosmo Online hari ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Osman, 51, berkata sepanjang PKP dia memang hanya terperuk di rumah dan mula menjadikan rutin memasak sebagai aktiviti kegemaran.

“Saya masak, saya makan jadi hasilnya berat saya hampir mencecah 90 kilogram(kg). Saya takut hendak melihat diri sendiri dalam cermin sepanjang PKP.

“Berat badan ideal saya sepatutnya hanya dalam lingkungan 70kg hingga 80kg agar sesuai dengan ketinggian saya,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Konsert Virtual Wings Kita Merdeka 2020 di restoran JM Bariani House, Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju semalam, Jumaat 7 Ogos 2020.

Tambah Awie, dia kini dalam proses menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi dan lebih banyak mengambil lauk-pauk yang dimasak secara rebus atau panggang.

Langkah tersebut juga menjadi salah satu daripada persiapan pelantun lagu Pentas Opera itu bagi menjayakan konsert virtual Wings yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos ini.

“Sekarang berat saya sudah turun menjadi 86kg. Selepas persembahan untuk konsert virtual itu selesai, saya akan kembali masuk ke gimnasium dan fokus untuk mengembalikan berat badan asal   seperti sebelum PKP,” ujar Awie.

Selain persiapan konsert, Awie kini giat menjalani penggambaran drama terbitan Rumah Produksi Merah bertajuk 10 Tips Menipu Bini untuk siaran Astro First.

Sementara itu, Konsert Virtual Wings: Kita Merdeka akan menjadi konsert pertama di Malaysia yang dibuat secara virtual dan tiket-tiket sudah mula dijual menerusi www.galactix.asia pada harga RM35.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
Gambar dan Sokongan Teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media 
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar