LINDUNG JUDI & NIAGA HARAM DI SG BULOH

Pihak Berkuasa Tempatan, MBSA bagaikan tidak menyedari apa yang berlaku


View of the Sungai Buloh MRT Station (white roof) with the common concourse with the Sungai Buloh KTM Station (red roof). Sep 2016

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini selepas dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, Selangor, demikian menurut laporan Sinar Harian hari ini, Selasa 11 Ogos 2020.

Menurut sumber dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi itu, tiga pegawai penguat kuasa berusia lingkungan 41 hingga 49 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika dipanggil memberi keterangan.

Siasatan mendapati dua penguat kuasa terbabit bertugas di cawangan Sungai Buloh dan seorang lagi di Shah Alam.

Selain itu, SPRM turut menahan peniaga rokok seludup warga Aceh yang tular menerusi Facebook Hot Burger Malaysia kelmarin kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Bayar rasuah RM300 sebulan

Sumber berkata, peniaga terbabit telah beroperasi sejak tahun lalu dan dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tambah sumber, penguat kuasa yang ditahan dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM3,500 sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

Niaga tanpa lesen, rokok haram dan judi

"Ini termasuk premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok dan gerai yang menjalankan perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan serta premis perjudian.

Pengkhianat sebelum operasi

"Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga haram ini," katanya.

Rasuah berpasukan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ia kutipan rasuah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa terbabit.

Lindung pemberi maklumat

Beliau menggesa pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

"Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah," katanya.


Dibawa kepada anda
oleh Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia

● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
Hubungi Kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
Gambar dan Sokongan Teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media 
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

  1. YDP semua PBT yang bermasalah atau ada kes rasuah melibatkan pegawai penguatkuasa mereka perlu juga diambil tindakan disiplin oleh JPA atau pihak berkuasa melantik kerana gagal menjalankan tugas. Itu adalah cara yang berkesan mengatasi masalah dari di akar-umbinya. Jika air sungai jernih di hulu maka jernihlah di hilirnya. Tahun demi tahun kesemua mereka ini dinaikkan gred sampai JUSA tapi prestasi PBT masing-masing tetap ditakok lama.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan