AHMAD MASLAN DEKLAMASI SAJAK AMARAN KEPADA KERAJAAN GUNA MAHKAMAH

Sajak berjodol "Wahai Kerajaan" dipercayai tanda simpati pada Najib


AHMAD MASLAN, Setiausaha Agung UMNO (Gambar ihsan Utusan Online)

Di KUALA LUMPUR, seorang tokoh politik popular, dengan penuh emosi, mendeklamasi puisi, “Wahai kerajaan, jangan anda berlaku zalim, mengguna mahkamah juga penjara, mengheret orang tidak berdosa.”

Menurut Utusan Online, bait itu menjadi pembuka sajak Wahai Kerajaan yang ditujukan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan kepada kerajaan.

Dalam sajak tersebut, Ahmad seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak menyalahgunakan institusi seperti mahkamah dan pihak polis untuk mendiamkan musuh politiknya.

“Itu saya tujukan pada kerajaan dulu dan dan kerajaan sekarang.

“Mudah-mudahan mereka boleh menghayati,” katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Beliau membaca sajak tersebut sambil dikelilingi puluhan penyokong bekas Perdana Menteri, Mohamad Najib Abdul Razak yang berpakaian serba biru.

Najib didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam akaun Facebook milik beliau semalam, Najib berkata beliau bersedia untuk melawan kesnya dalam peringkat seterusnya di Mahkamah Rayuan walau apa keputusan yang akan diumumkan hari ini.


dibawa kepada anda
oleh Fauzi Abdul Kadir   
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media

Blog Permadu Malaysia

Facebook Permadu Harmony 

*Page Permadu Station 

**Audio Visual PermaduTV









 

Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!