NIZAM LAKSAMANA JUAL MURUKU, PRAMUGARI SINGAPURA KERJA KILANG
Covid-19 uji kreativiti individu cari rezeki
Mohd Nizam Pechok, penyanyi Kumpulan Laksamana, lebih dikenali sebagai Nizam Laksamana
SENTUHAN pandemik Covid-19 yang menular di seluruh dunia membawa banyak hikmah dan pengajaran berguna kepada manusia sejagat.
Salah satunya, ia menguji kreativiti seseorang untuk melakukan apa sahaja yang sesuai untuk mencari pendapatan alternatif demi kelangsungan hidup.
Contoh yang ingin diketengahkan di sini ialah mengenai seorang penyanyi yang terjejas pendapatan kerana tiada jemputan menyanyi di sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu.
Penyanyi yang dimaksudkan ialah Mohd Nizam Pechok, penyanyi Kumpulan Laksamana, yang lebih dikenali sebagai Nizam Laksamana.
Penyanyi lagu Gugurnya Bunga Cinta ciptaan Ismail Ahmad Nawab yang berada di puncak pada era 90an ini telah mengambil tindakan nekad menjual muruku di musim PKP.
Hasil usaha gigih, Nizam telah berjaya menjual lebih 1,000 botol kuih muruku sebelum Aidilfitri pada 24 Mei yang lalu.
Nizam menceritakan pengalaman pahit manis yang dihadapinya, termasuk meredah hujan dan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur untuk menghantar muruku kepada pelanggan yang menempah.
Bagaimanapun, Nizam bersyukur kerana beliau memandu kereta, berbanding penghantar Food Panda dan Grab Food yang menunggang motorsikal.
Nizam juga pernah berdepan suasana menyayat hati apabila pelanggan tidak muncul di tempat yang dijanjikan.
Sementara itu, di seberang tambak, diberitakan pramugari dari syarikat penerbangan adalah antara individu mencari dan mendapat pekerjaan di kilang di Singapura.
Menurut tinjauan sebuah akhbar tempatan, Singapura yang turut terjejas dengan pandemik virus Corona mengakibatkan ramai rakyatnya hilang pekerjaan.
Oleh kerana itu, republik tersebut sudah mula memberhentikan sebahagian pekerja asing, termasuk dari Malaysia. Ini bagi membolehkan rakyatnya sendiri mengisi kekosongan tersebut.
Sumber berita dari Harian Metro
dibawa kepada anda
oleh Fauzi Kadir
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain
Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony *Page Permadu Station **Audio Visual PermaduTV
Comments
Post a Comment