RINA HARUN DAN TIMBALAN SANGAT BERBAKAT

Isu terkini kementerian turut mendapat perhatian media luar negara

SESUATU yang baik selalunya akan disambut dengan berbagai kritikan pedas.

Gandingan padu...
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun (kiri) dan timbalannya Siti Zailah Mohd Yusoff

Itulah satu proses yang sedang dilalui ahli parlimen Titiwangsa yang juga ketua wanita Bersatu Rina Mohd Harun dan ahli parlimen Rantau Panjang yang juga ketua wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.

Mereka berdua sangat kreatif dan sedang cuba melakukan beraneka pembaharuan di kementerian yang diamanahkan kepada mereka.

Siti Zailah, misalnya, pernah mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu sebaik dilantik timbalan menteri apabila menyatakan antara keutamaannya ialah meminta semua pramugari penerbangan supaya menutup aurat dan pakaian seragam sedia ada tidak sesuai.

Kemarahan timbul bukan kerana cadangan beliau tidak baik, tetapi kerana beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah pramugari dan kakitangan penerbangan yang lain bakal hilang pekerjaan. Ketika itu, krisis Covid-19 di peringkat global sudah mula menampakkan tanda keseriusan.

MAS, sebagai contoh, meminta sebilangan besar dari 13,000 orang pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji.

Semalam, Siti Zailah menegaskan dasar sedia ada mengenai kahwin bawah umur akan diteruskan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi tidak memberi perincian jelas.

Terbaru, isu peranan wanita mengimbangi peranan suri rumah dan kerjaya di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan kritikan meluas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun telah mengeluarkan dua nasihatnya kepada golongan ibu bekerja dan isteri sebelum ini daripada halaman media sosial kementerian itu.

Ia juga mengeluarkan suatu kenyataan menjelaskan hasrat di sebalik itu dan "memohon maaf" sekiranya tidak bersesuaian.



"Kami mengambil maklum respon banyak pihak berhubung beberapa tips untuk wanita yang dipromosikan semasa berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) melalui poster-poster yang telah disiarkan di media sosial kami.

"Pendekatan yang digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan untuk mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika menjalani fasa bekerja dari rumah.

"Pihak kami memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Saidatu Akhma Hassan.

Dalam satu siri hantaran Instagram kelmarin, kementerian menasihatkan isteri-isteri untuk tidak bertengkar dengan suami mereka dan sebaliknya mengesyorkan mereka mencontohi suara watak kartun Doraemon untuk menggalakkan pasangan mereka membantu dengan kerja rumah semasa PKP.



Dalam hantaran yang lain, kementerian itu mencadangkan agar ibu bekerja boleh bersolek bagi membolehkan fokus dan produktiviti yang lebih baik. Ia juga mengingatkan agar wanita tidak bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan ahli keluarga.

Bagaimanapun kedua-dua hantaran itu sudah dipadam.

Terdahulu, kumpulan hak wanita dan pemimpin politik telah membidas hantaran berkenaan, berkata, kementerian itu seharusnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga dan kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan dan nada suara wanita.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah