RIDHUAN TEE, UEC DAN ULTRA KIASU

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah atau Ridhuan Tee, adalah seorang penulis di Malaysia. 

Dia memiliki kelulusan BA(Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA). 

Penulisan Ridhuan Tee dikatakan sebagai banyak mengkritik tentang penduduk bukan Melayu dan bukan Islam di Malaysia. Berketurunan Cina, beliau bukan berbangsa Melayu dan pada asalnya bukan seorang yang beragama Islam. 

Tetapi selepas memeluk agama Islam, beliau dikatakan telah banyak mengkritik di dalam tulisannya terhadap pihak-pihak bukan Melayu dan bukan Islam.

Menurut Wikipedia, beliau kini bertugas sebagai Profesor di Institusi Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin.



Ridhuan Tee dalam banyak tulisannya melahirkan ketidaksetujuan beliau dengan UEC, satu sukatan sijil pendidikan jenis kebangsaan Cina yang sepatutnya mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) seperti dijanjikan dalam manifesto gabungan parti tersebut sebelum PRU14. 

Namun PH tidak sempat mengiktiraf UEC sehingga gabungan pemerintahan itu tumbang dengan rasminya pada 1 Mac 2020.

Di dalam bahasa Inggeris, UEC adalah:

The Unified Examination Certificate (UEC) is a standardised test for Chinese independent high school students organised by the UCSCAM since 1975. The UEC is available in three levels: Junior Middle (UEC-JML), Vocational (UEC-V), and Senior Middle (UEC-SML).

Dengan bahasa mudahnya, UEC adalah singkatan Unified Examination Certificate atau sijil peperiksaan yang disatukan untuk pelajar sekolah tinggi jenis kebangsaan Cina di bawah organisasi UCSCAM sejak tahun 1975.

Terdapat tiga tahap UEC, iaitu Menengah Rendah (UEC-JML), Vokasional (UEC-V) dan Menengah Tinggi (UEC-SML).


Apa pula maksud ultra kiasu yang mana Ridhuan Tee kelihatan sering mempromosi ungkapan ini?

Berdasarkan beberapa rujukan, kiasu datang dari dialek Hokkien, bahasa China yang membawa maksud takut kepada kehilangan. Kiasu itu sendiri membayangkan keekstriman sikap takut kepada kehilangan.

Apabila ditambah perkataan ultra menjadi ultra kiasu, maka ianya menggambarkan perasaan ekstrim ketakutan kepada kehilangan secara amat keterlaluan sifatnya.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee dipercayai merujuk sikap ultra kiasu kepada sesetengah orang berketurunan Cina warganegara Malaysia yang takut kehilangan hak berbudaya, berpendidikan, berketuanan Cina dan lain-lain aspek kehidupan berunsur Cina di atas Tanah Melayu, khususnya di Semenanjung.

Pandangan tegas beliau menimbulkan rasa kurang senang di kalangan sesetengah pihak yang menganggap Ridhuan Tee sebagai berjiwa perkauman pro-Melayu, walaupun beliau sendiri bukan berbangsa Melayu.

Untuk rujukan, Ridhuan Tee berkahwin dengan seorang perempuan Melayu beragama Islam. Beliau sendiri memeluk agama Islam dan kelihatan amat menyayangi Islam dan bangsa Melayu.

Berikut adalah tulisan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, yang disiarkan di Facebook beliau pada 29 Mac 2020. Selamat membaca.


Baharu sekarang kamu baru sedar kejahatan ultra kiasu Taiwan.

Hari ini, MCA dan DAP, memfailkan bantahan rasmi berhubung kenyataan yang dibuat seorang tetamu dalam rancangan bual bicara di Taiwan, berkenaan cara Malaysia menghadapi pandemik Covid-19.

Selama ini, berbondong-bondong kamu hantar lepasan UEC ke sana, kenapa? Baharu sedar siapa ultra kiasu Taiwan.

Kamu tahu tak berapa ramai ultra kiasu telah dilahirkan di Malaysia, mendapat Pendidikan ultra kiasu Taiwan?

Kenapa baharu sekarang baru MCA dan DAP membuat bantahan terbuka kepada Taiwan? 

Saya ingin maklumkan, ramai juga, wakil rakyat ultra kiasu hari ini, adalah pemegang UEC yang dihantar ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran. Sebab itu, ultra kiasu ini begitu lantang mendesak kerajaan mengiktiraf UEC. Sekarang baharu mereka nak berlakon?

Sekarang, baharu kamu sedar pemikiran ultra kiasu Taiwan. Mereka ini sama sahaja seperti kamu.  

Untuk makluman pembaca, bantahan daripada MCA dan DAP teah dibuat ke atas seorang pengulas TV Taiwan, bernama Lee Zheng Hao dalam rancangan "Crucial Moment" yang disiarkan EBC News pada 24 Mac lalu.

Dalam rancangan itu, Lee mengulas beberapa rakaman video yang didakwa menunjukkan bagaimana Malaysia menangani wabak tersebut.

Ultra kiasu Taiwan ini, melalui maklumat yang salah, menghina cara umat Islam dan cara kerajaan menangi wabak COVID19.

Terutama, berkaitan ritual pengkebumian orang Islam apabila dia berkata orang yang meninggal dunia dikebumikan di tepi jalan pada waktu malam. Ini disebabkan oleh terlalu banyak mayat. Malaysia katanya tidak boleh melaksanakan upacara pengkebumian secara lazim. 

Lee juga mengkritik Malaysia kerana menurutnya, kakitangan kesihatan terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sementara, selain demonstrasi bagaimana mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 "ditangkap" di Indonesia. 

Kurang ajar betul ultra kiasu ini.

Pendapat ultra kiasu Taiwan begitu tersasar. Setakat ini, kematian yang berlaku, hanya melibatkan 34 mangsa, jumlah ini jauh lebih rendah berbanding beberapa negara lain. Jangan bandingkan dengan China dan Itali.

Ya, saya sedar, jangan kerana nila setitik, susu sebelanga menjadi rosak. Kerana seorang yang melakukan, kita labekan keseluruhan Taiwan. 

Tetapi, ingin saya ingatkan, inilah kiblat UEC selama ini. Saudara semua boleh lihat betapa agresifnya produk-produk keluaran UEC-Taiwan ini. Saya boleh tunjukkan wakil rakyat ultra kiasu ini, jika mahu. 

Saya harap selepas ini, kerajaan tidak membenarkan lagi menghantar pelajar-pelajar lulusan UEC ke Taiwan untuk mendapat Pendidikan di sana. Semakin ramai yang dihantar, semakin ramai ultra kiasu yang berfikiran komunis akan dilahirkan. 

Hujah ini menguatkan lagi bantahan kita selama ini, bahawa UEC ini tidak sepatutnya dipertimbangkan lagi untuk diiktiraf. 

Tidak cukup dengan itu, tarik kembali UEC untuk kemasukan ke IPG yang telah dibuat sejak 2010 lagi. 

Artikel saya seterusnya akan menyusul, mengulas mengenai UEC, atas permintaan ramai.



dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Kumpulan Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar