NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Gambar dari Slamber Media


BERITA orang kenamaan kahwin, terutama perkahwinan tambahan selain seorang isteri sedia ada, memang mudah menjadi berita besar, walaupun buat seketika.

Seorang wanita semalam memfailkan laporan polis bagi menafikan spekulasi yang tersebar, mengenai dirinya telah berkahwin dengan bekas perdana menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak.
Menurut mStar, wanita berusia 50-an itu membuat laporan polis selepas gambarnya tular di media sosial dan aplikasi mesej, yang mendakwa dia merupakan ‘isteri kedua’ Najib.
Sejak tiga hari lepas gambar berkenaan ditularkan melalui media sosial dan ia turut dibincangkan dalam kumpulan Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan mereka menerima laporan daripada wanita berkenaan, sambil menambah bahawa pihaknya akan merujuk perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

The Star yang melapor melihat salinan laporan polis dibuat wanita itu, dikenali sebagai Noor Haiza Abdullah yang menafikan telah berkahwin dengan Najib.

Menurut akhbar itu lagi, Noor Haiza membuat laporan polis atas sebab keselamatan dirinya.

Berita yang dipercayai palsu mengenai perkahwinan Najib-Noor Haiza ini turut mendapat perhatian media antarabangsa, termasuk South China Morning Post (SCMP).

Di tengah kegemparan berita ini, penafian Noor Haiza berkahwin dengan Najib Razak telah menimbulkan lebih banyak persoalan.

Antaranya, bagaimana berita ini boleh menjadi tular. Adakah ia diinisiatifkan oleh Noor Haiza sendiri?

Laporan media yang begitu berhati-hati dan terhad menyebabkan 'peminat' Najib tertanya-tanya.

Noor Haiza hanya menafikan sebaran spekulasi beliau berkahwin dengan Najib Razak, tetapi tidak menafikan atau mengesahkan samada beliau mengenali Najib.

Beliau juga tidak menjelaskan samada menjalin hubungan cinta atau hubungan sulit dengan perdana menteri Malaysia keempat itu.

Mengenai alasan keselamatan diri wanita berkenaan membuat laporan polis, persoalan yang timbul ialah keselamatan dari apa? Diserbu peminat? Atau diserang isteri Najib Rosmah Mansor?

Ini bukan fitnah dari Permadu Malaysia, hanya sekadar mengetengahkan persoalan-persoalan yang timbul. Oleh itu, para pembaca tidak perlu merasa bimbang mereka akan terpalit dengan fitnah sekiranya membaca artikel ini.

Setakat tengah malam tadi, Najib tidak memberi sebarang respons terhadap isu ini. Malah, hantaran di akaun Facebook beliau menunjukkan keprihatinan beliau terhadap masalah negara, termasuk mengemukakan cadangan menghadapi wabak corona virus atau nama rasminya Covid-19.

Malu Apa Bossku adalah panggilan mesra untuk anak sulung Allahyarham Abdul Razak Hussein (perdana menteri Malaysia kedua) yang membuatkan populariti Najib Razak memuncak, bukan sahaja sebagai ahli politik kontroversi, tetapi juga seorang selebriti.

End©Permadu

Siaran diperbaharui
oleh Jamaliah Mohd Salleh
Penulis Berita Permadu Malaysia


Dibawa kepada anda 
oleh Fauzi Kadir KETUA PENGARANG
untuk Permadu Malaysia

© 2021 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
permadu@gmail.com

Comments

  1. Ada kemampuan apa salahnya nk kahwin lagi...pencen PM pun xhabis makan....

    ReplyDelete
  2. KISAH KEHIDUPAN BENAR BAGAIMANA SAYA MENDAPAT PINJAMAN SAYA DARI SUMBER LEGIT Helo, saya Nancy Nunez dengan nama dan saya tinggal di Amerika Syarikat, Saya dipenuhi dengan kebahagiaan dan kegembiraan, saya ingin membincangkan kebaikan kerja keras Tuhan dalam saya hidup, setelah berbulan-bulan berusaha mendapatkan pinjaman di internet dan ditipu, jadi saya menjadi terdesak untuk mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman yang sah dalam talian maka saya melihat komen dari seorang rakan yang bernama bobby Leo dan bercakap mengenai syarikat pinjaman sah ini, di mana dia mendapat pinjamannya dengan cepat dan mudah tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada seorang wanita bernama Mr. Rossa Stanley yang mengendalikan syarikat pinjaman rossa stanley, dan oleh itu saya meminta jumlah pinjaman sebanyak $ 89,000.00 USD kerana skor kredit saya baik-baik saja dan dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, jadi pinjaman tersebut telah diluluskan dan dimasukkan ke dalam akaun bank amerika saya. Begitulah cara saya dapat pinjaman untuk memulakan perniagaan saya dan membayar bil saya, jadi saya menasihati masing-masing anda yang berminat untuk mendapatkan pinjaman dengan cepat dan mudah, sila hubungi mereka
    melalui e-mel: support@rossastanleyloan.org
    Melalui laman web di www.rossastanleyloan.org
    jadi hubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa jenis pinjaman yang anda perlukan hari ini, terima kasih, semasa anda membaca kesaksian hebat dalam hidup saya,
    Nancy Nunez hubungi whatsapp +1(509)640-6671
    e-mel-nunezznancy@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093
    E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Penjelasan Tengku Zafrul umpama Hail Amir tanya Uji Rashid

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Kes-kes bunuh diri terjun jambatan di Kelantan membimbangkan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?