TERSEREMPAK DENGAN ROSMAH MANSOR

ROSMAH MANSOR, satu-satunya isteri pembesar negara yang pernah dikunjungi bekas PM Singapura Lee Kuan Yew untuk berbincang

DALAM usaha menyelamatkan diri, bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa beliau didesak meluluskan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak pada 2016.

Najib, Rosmah dan Rizal tekan Mahdzir
Tekanan itu didakwa datang dari perdana menteri ketika itu, Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan pembantunya Rizal Mansor.

Pengarah Urusan Jepak Holdings bagaikan bos beri arahan kepada menteri
Dalam kenyataan saksi yang dibacakan hari ini, Mahdzir berkata beliau didatangi Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin pada tahun 2015 dengan cadangan menggantikan sistem penjanaan elektrik yang digunakan oleh 369 sekolah di luar bandar Sarawak dengan sistem hibrid solar.
"Saya menolak cadangan Saidi pada masa itu kerana Kementerian Pendidikan terikat dengan kontrak perkhidmatan sedia ada.

Mahdzir ragu keupayaan Jepak Holdings
"Saya juga mempunyai keraguan tentang keupayaan Jepak untuk melaksanakan projek hibrid solar," kata Mahdzir.
Berikutan itu, Mahdzir berkata beliau menerima arahan bertulis daripada Najib pada 16 Disember 2015 untuk meluluskan projek yang dipohon oleh Jepak.

Najib setuju laksana sistem baru dan batal sistem lama
Kata Mahdzir, Najib telah menulis nota di surat yang ditulis Jepak kepada Pejabat Perdana Menteri, yang berbunyi: "Bersetuju dilaksanakan sistem baru ini dan batalkan sistem lama".
Berikutan itu, Mahdzir berkata, beliau mengarahkan Kementerian Pendidikan membentuk satu pasukan teknikal untuk membuat penilaian jika Jepak boleh melaksanakan tugasan itu.
Mahdzir berkata Saidi menjadi tidak sabar dengan proses tersebut.


Mahdzir Khalid, bekas menteri pendidikan

Mahdzir sering terima panggilan dan kunjungan Saidi, bos Jepak Holdings
Katanya, beliau sering menerima panggilan dan lawatan daripada Saidi antara Disember 2015 dan Mei 2016, dengan Saidi menuntut supaya proses kelulusan dipercepatkan.

Tapi Mahdzir tak layan desakan dan permintaan
Mahdzir berkata beliau tidak melayan permintaan itu kerana perkara itu perlu melalui proses yang sewajarnya.

Projek berskala kecil
Apabila pasukan teknikal menyelesaikan kajiannya, Mahdzir berkata beliau diberikan tiga pilihan. Bekas menteri itu berkata beliau memilih pilihan untuk membolehkan Jepak melaksanakan projek perintis berskala kecil.

Rizal marah mengapa projek berskala kecil
Pada awal Jun 2016, Khalid berkata beliau menerima panggilan daripada Rizal yang bertanya mengapa projek berskala kecil, sedangkan Najib mahu sistem penjanaan elektrik diganti.


Rizal Mansor, pembantu Rosmah

Rizal beritahu jangan main-main, 'mem' (Rosmah) dah tahu projek hibrid solar
"Rizal juga beritahu saya bahawa Najib telah membuat keputusan dan 'mem' tahu mengenai projek hibrid solar itu. Dia tanya kepada saya mengapa saya telah menetapkan syarat-syarat lain.

Mahdzir jawab ada peraturan dan cadangan jawatankuasa teknikal
"Saya beritahu beliau bahawa keputusan saya adalah berdasarkan kepada peraturan dan (cadangan) jawatankuasa teknikal.

Mahdzir tahu 'mem' adalah Rosmah dan Rizal berani gertak kerana mewakili Rosmah
"Saya tahu 'mem' merujuk kepada Rosmah. Saya tahu Rizal call bagi pihak Rosmah. Rosmah isteri Najib," kata Mahdzir.
Mahdzir berkata beliau menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri pada 7 Jun 2016. Surat itu dan dokumen lain dihantar ke rumahnya oleh Saidi.

Bos Jepak, Saidi hantar nota Najib arah Mahdzir laksanakan projek
Beliau berkata salah satu dokumen mengandungi arahan dengan tulisan tangan oleh Najib yang berbunyi: "Sila laksanakan seperti minit saya dulu".

Nota yang memberi tekanan kepada Mahdzir
Nota ini, kata Mahdzir, adalah satu bentuk tekanan bertujuan untuk meyakinkan beliau agar akur dengan permintaan Jepak.
"Apabila Saidi menyerahkan dokumen itu kepada saya di rumah saya, saya bertanya kepadanya siapa sebenarnya di belakang projek hibrid solar.

Saidi kata di belakang projek hibrid solar ialah Rosmah, Rizal dan Dato Aazmey dari UMNO Pekan
"Saidi menjawab Rosmah, Rizal dan 'Dato Aazmey' dari Umno Pekan merupakan 'pasukan' beliau.
"Dia kata dia perlu campur tangan mereka kerana Kementerian Pendidikan dan saya bertindak terlalu perlahan dalam memberikan projek hibrid solar kepada Jepak," katanya.

Akhirnya Mahdzir mengalah dan patuh arahan perdana menteri
Berikutan itu, Mahdzir menulis nota kepada surat daripada Jabatan Perdana Menteri kepada setiausaha kementerian untuk melaksanakan projek itu seperti yang diarahkan oleh perdana menteri.


Mahdzir berkata beliau menasihati Najib pada Jun 2016 untuk tidak menganugerahkan projek secara rundingan terus dan sebaliknya membuka tender. Nasihat ini tidak diendahkan.

Terserempak dengan Rosmah
Dalam satu majlis yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri pada 23 Jun 2016, Mahdzir berkata beliau terserempak dengan Rosmah.
Ini, kata saksi itu, apabila Rosmah menunjukkan dia mempunyai kepentingan dalam projek itu.


'You tengoklah projek solar Cikgu Aazmey.. Cepatkan sikit'
"Ketika saya meminta diri, dia beritahu saya sesuatu 'you tengok la projek solar Cikgu Aazmey. Cepatkan sikit.'

Arahan Rosmah
"Apa yang saya faham dari mesej Rosmah adalah ini adalah satu arahan untuk mempercepatkan kelulusan projek untuk Jepak," kata Mahdzir.

Rosmah berpengaruh dan berkuasa
Mahdzir memberi keterangan bahawa beliau terpaksa mengambil arahan itu secara serius kerana Rosmah berpengaruh dan mempunyai kuasa.
Menjelang Ogos, Kementerian Pendidikan menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan bahawa permintaan untuk melantik Jepak bagi projek itu telah diluluskan, tetapi terdapat halangan berkaitan prosedur sebelum surat penganugerahan boleh dikeluarkan, kata Mahdzir.
Menjelang September, Mahdzir berkata, beliau dilawati Saidi dan seorang rakan kongsi perniagaan yang meminta proses itu dipercepatkan.

Rizal semakin garang dan asyik sebut nama 'mem' (Rosmah)
"Saya juga dihubungi Rizal, yang minta saya percepatkan (proses). Saya beritahu Rizal bahawa urusan pentadbiran dikendalikan oleh kementerian dan saya tidak boleh campur tangan.
"Saya percaya Rizal call bagi pihak Rosmah kerana Rizal sebut 'mem' semasa meminta agar saya mempercepatkan kertas kerja kepada Kementerian Kewangan," katanya.

Nota Najib arah keluarkan Surat Setuju Terima kepada Jepak Holdings
Menjelang November, Mahdzir berkata beliau menerima surat daripada Pejabat Perdana Menteri dengan surat Jepak, yang mengandungi nota tulisan tangan Najib menyatakan: "Sila keluarkan SST (Surat Setuju Terima) untuk projek berdasarkan surat Jepak Holdings dengan segera".



dibawa kepada anda oleh 
Fauzi Abdul Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2020 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV


Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...