UMNO-PPBM DIJANGKA BERGABUNG SEBELUM MEI 2020

Lokman Noor Adam, Ahli MT UMNO

UMNO pimpinan Dr Ahmad Zahid Hamidi dan PPBM yang diterajui Dr Mahathir Mohamad dirancang bergabung sebelum Mei 2020, demikian menurut maklumat yang diterima ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Lokman Noor Adam.

Oleh itu, Lokman Adam menggesa pemilihan semula parti itu didakan.
Jelas Lokman, ia adalah bagi membolehkan ahli parti memilih pasukan yang mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad atau menentang pengerusi PH itu.
Lokman berkata, ia penting kerana menurutnya terdapat usaha pihak tertentu untuk berunding untuk menggabungkan Umno dan Bersatu.
Malah lebih malang lagi katanya, siasatan lembaga disiplin parti terhadap ketua gerakan itu telah dihentikan oleh kepimpinan utama Umno.
"Jika benar sebahagian dari kepimpinan Umno dan bekas pemimpin Umno lebih selesa mengambil pendekatan if we can't defeat them, we join them (jika tak boleh kalahkan mereka, kita sertai mereka), biarlah ahli memutuskan jika mereka bersetuju dengan cara Hishammuddin (Hussein) ini atau mereka lebih selesa dengan slogan 'No Retreat, No Surrender' (pantang undur, pantang menyerah).
"Daripada mengadakan EGM (mesyuarat agung luar biasa) untuk memutuskan keputusan mana yang mahu diambil oleh ahli parti, saya menyarankan agar pemilihan Umno dilakukan segera sebelum percantuman yang dijangka berlaku sebelum Mei 2020," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong dikatakan menjadi dalang untuk membawa masuk wakil rakyat Umno menyertai Bersatu.
Ia dikuatkan lagi dengan pertemuan 21 anggota Parlimen BN termasuk Hishammuddin dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Azmin dan Hishammuddin sebelum ini dikatakan terlibat dalam usaha menggerakkan sokongan anggota parlimen terhadap Mahathir dan menghalang Presiden PKR, Anwar Ibrahim daripada mengantikannya sebagai perdana menteri.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.
Pada 13 Disember lalu, Hishammuddin diberikan surat tunjuk sebab dan dikehendaki hadir di hadapan lembaga disiplin parti susulan mengadakan perjumpaan Azmin pada 18 November 2019.
Prosiding disiplin terhadap Hishammuddin yang seharusnya berlangsung pada 26 Disember lalu ditangguhkan. 
Berikutan penangguhan itu, pengerusi Lembaga Disiplin Umno Mohamed Apandi Ali, mengumumkan peletakan jawatan.
Susulan itu, Lokman mendakwa bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi adalah individu yang menghalang prosiding disiplin terhadap anggota Parlimen Sembrong itu.
Sementara itu, dalam kenyataannya malam ini, Lokman mendakwa, perundingan yang dibuat Hishammuddin mendapat restu atau dipersetujui oleh beberapa kerat kepimpinan utama Umno yang sedang berhadapan dengan tuduhan di mahkamah.
"Amat mendukacitakan, selain dari berunding dengan pihak musuh, segelintir kepimpinan utama Umno masih gagal membiayai gerakan yang dilakukan oleh Umno-Umno Bahagian bagi memenangkan semula Umno dan Muafakat Nasional.
"Janji-janji sebelum pemilihan bahawa aset Umno akan dicairkan untuk membiayai program bahagian telah gagal ditunaikan.
"Lebih malang, dalam tempoh 18 bulan ini, saham UMNO dalam KUB, Utusan Malaysia, Media Prima telah dijual, namun bantuan untuk gerak kerja negeri dan bahagian-bahagian masih mengecewakan," katanya lagi.


oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...