DAKWAAN KONSPIRASI TENDER PELABUHAN LABUAN


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menghantar laporan berhubung dakwaan konspirasi dalam proses tender Pelabuhan Labuan kepada ibu pejabatnya untuk tindakan lanjut, lapor FMT.
Pengarahnya, Mohd Yusizzudin Mohd Yusof berkata laporan itu dihantar tidak lama selepas pengendali pelabuhan, Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) membuat laporan pada 17 Disember lalu mengenai dakwaan konspirasi dalam proses tender.
“Oleh kerana ia melibatkan isu besar, kita perlu mendapatkan nasihat dan arahan lanjut dari ibu pejabat kami,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pengurus Besar LLPM, Abd Ghani Paijan berkata, pihaknya merasakan proses tender itu mungkin dilaksanakan secara tidak telus, jadi mereka mahu mendapatkan bantuan SPRM untuk membetulkannya.
"Itu sebabnya saya bercakap dengan pengarah SPRM Labuan berhubung status laporan kami.”
LLPM turut membuat satu laporan berhubung keputusan tender pelabuhan yang “bocor” kerana keputusan belum diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA).
Pengerusi Eksekutif LLPM, Mohd Alias Abd Rahman berkata, keputusan tender yang bocor itu tersebar susulan laporan sebuah akhbar tempatan pada 14 Disember lalu dan menimbulkan kekeliruan serta panik kepada pihak pengurusan, petugas, pelanggan dan pengguna pelabuhan.
“Kami juga merasakan diberi layanan tidak adil dalam proses tender…setelah menjadi operator pelabuhan sejak 1998, kami melabur jutaan ringgit tanpa geran kerajaan dan kini selepas LPA (badan penyelaras pelabuhan) ditubuhkan, kami seharusnya dibimbing dari segi operasi, bukannya dihukum menerusi proses tender.”
Pada 17 Disember lalu, LPA dalam satu kenyataan menafikan keputusan sudah dibuat mengenai operator terbaru Labuan Liberty Wharf.

oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Satu Lagi Kisah Pandemik Seks Agamawan /Ustaz /Pendakwah

Jom I belanja you minum teh tarik, kari power, hmm sedap

Semoga kesedihan anda terubat selepas menonton video ini

NAFI KAHWINI NAJIB, NOOR HAIZA TIMBULKAN LEBIH BANYAK PERSOALAN

Penyandang ahli parlimen JB sumbang van jenazah kepada masjid

Rakyat belum terima isyarat reformasi Anwar Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Wasting public money and risky move to quit and contest again