PELUANG ANWAR JADI PM SEMAKIN MALAP


PENTING sangatkah agenda peralihan kuasa Pakatan Harapan (PH) sehinggakan hampir setiap hari ada saja golongan pro-Anwar Ibrahim yang menggesa Dr Mahathir Mohamad mengundurkan diri secepat mungkin sebagai perdana menteri?
Desakan Mahathir berundur

Contohnya di Konvensyen Reformis 2.0 semalam, suara penyokong Anwar sekali lagi bergema mendesak Mahathir berundur pada 9 Mei 2020, 2 tahun selepas PH memenangi Putrajaya.
Gelagat tahap memualkan

Golongan pro-Anwar perlu berhati-hati kerana dipercayai gelagat mereka sudah mencapai tahap memualkan. Anwar sendiri berkata, beliau akan menunggu sehingga Mahathir berpuas hati dengan keadaan negara sebelum mengambil alih jawatan perdana menteri.
Mengapa golongan pro-Anwar masih tidak akur dengan pendirian Anwar ini, hatta mereka tidak menyukai Mahathir?
Anwar sabar menanti, penyokong tidak

Ataupun ini hanya permainan “good cop bad cop” di mana Anwar cuba membentuk persepsi awam beliau boleh tunggu, tetapi penyokongnya memaparkan sikap sebenar tidak sabar menunggu Anwar menjadi perdana menteri?
Ekoran kalah teruk di Tanjung Piai

Apa yang dapat diperhatikan ialah gesaan untuk Mahathir berundur secepat mungkin semakin menjadi-jadi ekoran kekalahan teruk PH di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai pada 16 Nov lalu.
Ramai ahli politik PH membuat tafsiran sendiri terhadap kekalahan teruk gabungan itu sebanyak 15,086 undi majoriti di Tanjung Piai di tangan MCA.
Ada ahli politik PH berkata, mesej PRK Tanjung Piai diterima. Ada yang berkata, kegagalan menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi punca.

Tersedar terlebih janji

Ada yang tiba-tiba tersedar mereka terlebih janji ketika PRU14, ada pula yang berpendapat kekalahan teruk itu membuktikan kerajaan adil kepada semua kaum kerana undi daripada semua kaum kepada PH merosot.
Isyarat untuk Anwar ganti Mahathir?

Apa pula mesej yang diterima golongan pro-Anwar? Tidak lain tidak bukan, mereka menafsirkan kekalahan teruk PH itu sebagai isyarat untuk Anwar menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri secepat mungkin.
Persoalannya, betulkah rakyat Tanjung Piai menghantar isyarat ini ataupun mereka menghantar isyarat mahu PH ditumbangkan hatta siapa menjadi perdana menteri?
Senyum sinis

Jika PRK Tanjung Piai diadakan semula dengan Anwar sebagai perdana menteri, bolehkah PH menebus majoriti 15,086 undi yang diperolehi MCA? Kalau ditanya soalan ini kepada penyokong pro-Anwar, jawapannya sudah tentu ya, walaupun ramai yang akan tersenyum sinis.
Pergaduhan sesama sendiri juga punca

Golongan pro-Anwar perlu sedar pergaduhan sesama parti komponen PH juga antara penyebab terbesar rakyat menolak PH di Tanjung Piai.
Peperangan terbuka presiden -- timbalan presiden PKR

Dalam PKR, pergaduhan sesama sendiri ini lagi teruk di mana presiden dan timbalan presiden parti berperang secara terang-terangan.
Penyokong Anwar patut bantu satukan PKR

Oleh itu, pada waktu ini, golongan pro-Anwar sepatutnya membantu Anwar menyatukan PKR terlebih dahulu.
Bayangkan persepsi negatif ke atas Anwar sekiranya PKR berpecah ketika beliau menjadi presiden.
Gagal tadbir parti sendiri, bagaimana nak tadbir negara

Sekiranya PKR berpecah, akan timbul persoalan di minda rakyat – jika beliau gagal mentadbir parti dengan baik, apakah jaminan beliau mampu mentadbir negara dengan baik?
Bincang dengan Azmin dulu

Sebelum mendesak Mahathir berundur, desaklah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk berundur atau berubah sikap dahulu. Fikirkan cara untuk Anwar mendapat sokongan semua ahli Parlimen PKR menjadi perdana menteri terlebih dahulu.
PKR perlu sebulat suara sokong Anwar

Jika ahli Parlimen PKR sendiri tidak sebulat suara mahukan Anwar menjadi perdana menteri, mustahil Anwar akan mendapat mandat penuh daripada parti lain, walaupun Mahathir sudi menyerahkan tugas itu kepadanya.
Bahkan, mungkin ada orang lain yang boleh memintas beliau kerana mendapat sokongan daripada lebih 112 ahli Parlimen.
Rakyat marah dan rasa tertipu, bukan suruh Anwar jadi PM

Ketika ini, rata-rata rakyat masih marah kerana rasa tertipu oleh PH. Oleh itu, rakyat tidak kisah ataupun hilang tidur walaupun tiada peralihan kuasa.
Peluang Anwar jadi PM semakin malap

Jika golongan pro-Anwar tidak memahami sentimen ini, maka peluang Anwar menjadi perdana menteri sebelum dan selepas PRU15 akan menjadi semakin malap.

Hasil tulisan kolumnis Timmy Say, disiarkan FMT pada 25 November 2019




Kandungan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian Permadu Malaysia.

 disunting oleh Fauzi Kadir  
untuk Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain



Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station

Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah