ISTERI AMRI CHE MAT SAMAN KERAJAAN MALAYSIA

HILANG PAKSA MENGAITKAN POLIS, TIDAK DIKETAHUI MASIH HIDUP ATAU SUDAH MATI
Mufti Perlis juga pernah dikaitkan dengan misteri kehilangan secara paksa Amri Che Mat

Norhayati Mohd Ariffin,
isteri atau balu kepada Amri Che Mat

Isteri aktivis hilang Amri Che Mat, menyaman kerajaan, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dan pendahulunya Zahid Hamidi serta dua bekas ketua polis negara - Khalid Abu Bakar dan Fuzi Harun, Malaysiakini melaporkan.
Norhayati Mohd Ariffin memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Kesemua 21 orang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu. Mereka adalah Khor Yi Shuen, Roslan bin Rameli, Kaneson A/L Maganathan, Azahar Muda, Rahman bin Atan, Razman Ramli, Fauzi bin Saad, Sharimaan bin Shariff, Wan Norshakirin bin Wan Mansor, Wan Nasiruddin Pawan, Ab Rashid Ab Wahab, Azisman Alias, Noor Mushar Mohamad dan Awaludin Jadid.
Nama-nama berprofil tinggi adalah Mohamad Fuzi Harun, Khalid bin Abu Bakar dan Ahmad Zahid Hamidi.
Manakala defendan atas jawatan disandang atau defendan bukan individu adalah Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.
Peguam cara Norhayati, Larissa Ann Louis berkata Norhayati menuntut pelbagai relif, termasuk ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk untuk kerugian yang dia alami akibat tindakan polis.
“Penderitaan dan cubaan ke atas Norhayati dan anak-anaknya telah menjadi lebih teruk lagi kerana apa yang kami nampak sebagai kecuaian dan salah laku pihak berkuasa dalam siasatan kes ini,” kata Louis.
Pada 3 April, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membentangkan laporan hasil 18 bulan inkuiri berhubung kes kehilangan individu.

Saat-saat manis Norhayati Mohd Ariffin
bersama suami, Amri Che Mat

Laporan itu membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas (SB) terlibat dalam kehilangan paksa membabitkan pastor Raymond Koh yang diculik pada 2017 dan juga Amri pada 2016.
Dalam inkuiri kes Amri sebelum ini, pihak polis memberitahu membuat pemantauan terhadap Amri berhubung tuduhan menyebarkan ajaran Syiah tidak menemui bukti menyokong dakwaan tersebut.
Peguam bela kepada Norhayati, Surendra Ananth juga berkata ganti rugi am itu dilakukan kerana kesengsaraan dari segi mental yang dihadapi oleh Norhayati sekeluarga dan kerugian berikutan kehilangan Amri, memandangkan beliau pencari nafkah dalam keluarga mereka.
Menurut Norhayati, kehilangan Amri sejak 24 November 2016 itu jelas mencerminkan bahawa PDRM gagal untuk menyiasat kehilangan suaminya.
“Kegagalan berterusan PDRM untuk menjalankan siasatan yang sewajarnya pada bulan-bulan berikutnya boleh dikata telah memperkukuhkan lagi konspirasi senyap yang melindungi penculik-penculik dan menyembunyikan nasib dan keberadaan Amri,” katanya.




oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain




Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?