"POLIS BURU LELAKI MIRIP AZMIN"

KERANA LELAKI INI, AZMIN DITIMPA MASALAH BESAR YANG HAMPIR MEMUSNAHKAN KERJAYA POLITIK
Ini adalah sebuah cerita fiksyen dan anda tidak terikat untuk mempercayainya. Cerita ini bersifat andaian kerana tiada sebarang fakta yang dapat membuktikan kebenarannya. Anggaplah ianya sebagai hiburan semata-mata.

Ini baru Azmin Ali betul,
Menteri Hal Ehwal Ekonomi

RAMAI yang bertanya kepada diri sendiri atau orang lain mengapa kes video hubungan sejenis antara Haziq Abdullah yang mengaku dirinya dan seorang lelakì berwajah mirip Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Haziq kata memang Azmin) belum dapat diselesaikan sehingga sekarang.

Ada yang berkata berlaku campur tangan politik. Azmin dikatakan individu kesayangan Dr Mahathir Mohamad. Ada desas desus mengatakan perdana menteri ke-7 sedang melatih timbalan presiden PKR itu untuk menjadi perdana menteri ke-8. Habis, Anwar bagaimana?

Ada juga yang berkata menyebar video tersebut lebih besar kesalahannya berbanding perbuatan dalam video yang berlaku di Sandakan, Sabah itu. Seperti kata Dr Mahathir ketika mengulas isu ini. Pertama, PM berusia 94 tahun berkata ini semua teknologi digital. Suatu hari nanti, katanya, mungkin seorang yang berwajah mirip seperti Dr Mahathir akan muncul dalam video seperti itu.

Ketika perkembangan siasatan menunjukkan ketulenan video, Mahathir berkata beliau tidak mahu diperalatkan oleh orang-orang tertentu untuk menjatuhkan seseorang dengan cara sebegini. Bagaimanapun, pengerusi Pakatan Harapan itu tidak menyebut siapa orang yang dimaksudkan. MCMC kata video tulen tapi identiti pelakon kurang jelas untuk dipastikan. Tidak cukup bukti untuk mengaitkan Azmin walaupun wajah salah seorang pelakon sangat serupa dengan wajah Azmin Ali.

Orang ramai mula buat andaian negatif kononnya Ketua Polis Negara yang bebas bertindak mengikut saluran undang-undang dihalang berbuat demikian oleh perdana menteri. Maknanya, PDRM dikawal oleh kuasa politik. Betul ke?

Lokman Noor Adam,
pejuang UMNO memburu kebenaran

Letih pejuang muda UMNO Lokman Noor Adam ke sana ke mari untuk melibas Azmin. Dari Indonesia ke United Kingdom merujuk kepada pakar forensik dalam mengenal pasti ketulenan pelakon video berkenaan.

Bekas PM Najib Razak tak berminat hal-hal sebegini

Nampaknya, kes ini masih tergantung sejak Haziq Abdullah membuat pengakuan pada 11 Jun 2019. Sudah lebih empat bulan.


Masih teringat kurang 48 jam selepas Haziq buat pengakuan, Azmin Ali muncul dengan memakai jubah dan kopiah, serba putih di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor dalam satu majlis tahlil dan solat hajat. Beliau melahirkan rasa kesal di atas "fitnah" terhadap dirinya.


Rupa-rupanya, pelakon dalam rakaman video itu bukan Azmin. Kelihatan seperti Azmin. Badan macam Azmin. Muka macam Azmin. Kening macam Azmin. Hidung macam Azmin. Suara macam Azmin. Mata macam Azmin. Pipi macam Azmin. Mimik muka macam Azmin. Ekspresi wajah macam Azmin. Tapi bukan Azmin.

Terima kasih kepada jurumekap dan pengarah filem yang berjaya menampilkan seorang pelakon yang begitu natural lagi berbakat. Sebiji Azmin. Tapi bukan Azmin.

Diberitakan polis masih mengesan, menjejaki dan memburu lelaki yang berwajah mirip Azmin ini tetapi masih gagal. Lelaki ini sungguh terlalu licik sehingga polis masih gagal hingga sekarang.

Polis di Sandakan, dia di Kota Kinabalu. Polis di Tawau, dia di Beaufort. Polis di Kudat, dia di Segambut. Polis di Shah Alam, dia di Putrajaya. Bukan mudah nak tangkap dan tewaskan lelaki berwajah mirip Azmin ini.


Diadaptasi dari perbualan tegang tanpa kesimpulan lima orang pelanggan selama beberapa jam di warong kopi


oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +6011 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!