NAZIR RAZAK, AHMAD MASLAN DAN SHAHRIR SAMAD - Antara Penerima Notis Kompaun SPRM Berkaitan 1MDB

BERITA LATHEEFA KOYA DARI SPRM
Mereka antara 80 individu dan entiti diberi masa dua minggu dari sekarang untuk bayar balik RM430 juta

Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM

SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang mengalir keluar dari 1Malaysia Development Berhad atau 1MDB.

Nazir Abdul Razak,
bekas pengerusi Kumpulan CIMB

Berdasarkan senarai, antara yang menerima notis kompaun tersebut bekas pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak, ahli parlimen Pontian Ahmad Maslan dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad, yang juga bekas ahli parlimen Johor Bahru.

Ahmad Maslan, ahli parlimen Pontian

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, jumlah notis kompaun bernilai RM430 juta itu perlu dijelaskan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Shahrir Abdul Samad, bekas pengerusi Felda
dan bekas ahli parlimen Johor Bahru

Jelasnya, tindakan itu disiasat mengikut Seksyen 92 (1) di mana sekiranya gagal membayar kompaun itu, pihak terbabit akan dihadapkan ke mahkamah.

"Semua wang yang terlibat ini adalah milik rakyat dan SPRM akan menuntut semula sebanyak yang mungkin.

"Wang yang terlibat keluar ini melibatkan transaksi melalui bayaran cek," kata Latheefa.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini, Isnin 7 Oktober 2019.



oleh Fauzi Kadir  ° Permadu Malaysia
● 2019 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
hubungi kami +60 11 1185 9874
atau permadu@gmail.com
gambar dan sokongan teknikal
Zafiyah Hussain


Permadu Media
Blog Permadu Malaysia
Facebook Permadu Harmony
Page Permadu Station
Audio Visual PermaduTV

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?